Demi meneruskan langkah dalam industri muzik dan dakwah tanah air, Izmir Fareez mempertaruhkan single terbaharu berjudul 'Maaf'.
Jelas Izmir, 'Maaf' menyentuh isu kekeluargaan, suami yang tidak menghargai isteri dan akhirnya menyesal diatas kematian isteri kerana tidak sempat untuk memohon maaf kepada isteri.
"Pada asal lagu 'Maaf' ini dicipta pada tahun 2020, ia bukanlah berkisarkan tentang kekeluargaan tetapi ianya berkaitan tentang penceritaan kematian seseorang.
"Setelah dipersembahkan lagu tersebut kepada Along Exist (penerbit), dia mengatakan lagu berbunyi 'jiwang 90an' ini tidak sesuai dengan lirik yang berat seperti kematian kerana kebanyakannya akan dikaitkan dengan kisah percintaan. Maka, dia menyarankan agar menukar lirik kematian kepada percintaan.
"Akhirnya, lirik yang berkisarkan tentang percintaan telah siap digubah oleh saya tetapi disebabkan ketika itu COVID-19 yang semakin berleluasa di Malaysia, pergerakan terbatas ke studio untuk membuat rakaman muzik dan vokal.
"Sehinggalah kerajaan mengumumkan pergerakan merentas daerah dan negeri dibenarkan, maka bermulalah rakaman muzik dan vokal lagu 'Maaf' ini pada tahun 2021," kongsi Izmir.
Penggambaran video muzik lagu 'Maaf' yang diarahkan oleh Ahmad Nasuha dijalankan selama dua hari di Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah dan dilakonkan oleh Arie Laso serta Aleya Trisya.
"Pada asalnya memang kita nak buat penggambaran muzik video ini di sekitar Kuala Lumpur tetapi disebabkan pengarah, kru dan pelakon-pelakon menetap di negeri bahagian utara, jadi kita putuskan untuk membuat penggambaran di sekitar negeri Kedah.
"Saya berharap agar lagu ini dapat diterima oleh seluruh lapisan masyarakat kerana lagu ini berunsurkan kekeluargaan yang kita sendiri hadapi dan tempuhi di dalam kehidupan kita," tambahnya.
Muzik video lagu 'Maaf' ini boleh ditonton di laman Youtube rasmi Inteam Digital dan platform digital seperti Spotify, Joox, Itunes, Deezer, Kkbox.
Amri Hassan
Tue Apr 05 2022


Bukan Sewa, Lisa Blackpink Didakwa Naik Jet Peribadi Dengan V BTS & Park Bo Gum
Lisa, V dan Bo Gum kini berada di Paris.

“From Pelakon Kayu Jadi Hawkeye Tanah Melayu” - Fattah Amin Trending, Lakonan & Skill Silat Dipuji Mantap!
Ramai yang crush dengan watak Awang. Tahniah Fattah Amin, lakonan mantap!

“Demi Allah Saya Tidak Menumbuk, Memijak dan Menendang…” Sharnaaz Ahmad Jawab Isu Direman Polis
Akirnya Sharnaaz tampil bersuara

Tahun 2007 Kahwin Dengan Menara Eiffel, Sekarang Jatuh Cinta Pada Pagar
Alamak jatuh cinta dengan pagar pula dah.

Hyun Bin Dah Nak Jadi Bapa, Son Ye Jin Umum Hamil Anak Sulung
Tahniah BinJin Couple, lovenya!

Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!
Wow, BFF!

Ratu Ten Pin Kembali Dengan Kisah Benar Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli
Mesti best sebab kisah benar

“Saya Pendam Lebih Dari 10 Tahun…” Nikki Palikat Dedah Kisah Di Sebalik Perceraiannya Dengan Audi Mok
Ini kisah sebenarnya...

#HisteriaTheSeries: Apa Barang Yang Ditanam Oleh Pengawal Sekolah? Jalin Hubungan Dengan Cikgu, Vanidah Pula Dirasuk!
Makin mendebarkan!

“Syahmi Cukup Berani Bawakan Tema Sebegini” - Penonton 35mm Puji Keberanian Pengarah Bawakan Tema Berbeza Untuk Filem
Memang terbaik Syahmi!