"Lagu Nasyid Adalah Lagu Yang Dinyanyikan Penggiat Nasyid Sendiri" - Azadan Rabbani
Amri Hassan
12/09/2022 04:25 MYT
12/09/2022 04:25 MYT
"Lagu nasyid adalah lagu yang dinyanyikan oleh pengiat nasyid itu sendiri," demikian coretan anggota kumpulan nasyid Rabbani, Azadan Abdul Aziz merujuk kepada salah satu kategori yang dipertandingkan dalam majlis anugerah industri tempatan yang berlangsung baru-baru ini.
Tambah Azadan, lagu yang berunsur nasihat dan ketuhanan yang dinyanyikan oleh bukan penyanyi nasyid pula merupakan lagu religi.
"Lagu yang berunsur nasihat dan ketuhanan yang dinyanyikan oleh penyanyi bukan penggiat nasyid itu dikategorikan sebagai LAGU RELIGI...
"So perlu menambah satu lagi katogeri untuk next time," sarannya.
Ujar Azadan lagi, isu terbabit telah sekian lama diperdebatkan dan bersedia untuk memberikan kerjasama seandainya penganjur memerlukan khidmat nasihat daripadanya selepas ini.
"Lama dah isu ini dibualkan di peringkat bawah tikar. Sape setuju dan boleh komen.
"Ini sekadar perkongsian untuk generasi nasyid akan datang. Kalau perlu khidmat nasihat orang nasyid inshallah hambo (saya) sedia memberi kerjasama," tambahnya.
Terdahulu, menerusi hantaran di Facebook juga, Azadan membuka ruang perbincangan mengenai kemenangan lagu yang dinyanyikan bukan penyanyi nasyid dalam kategori lagu nasyid terbaik.
Hal itu menurut kata warganet tidak adil bagi penyanyi dan penggiat irama nasyid yang dilihat seolah-olah tidak mampu mempertahankan genre terbabit.
"Sepatutnya artis nasyid sebab lagu mereka disebut sebagai nasyid. Macam lagu Doa oleh kumpulan Harmoni, mana ada DJ radio sebut lagu nasyid.
"Tak molek. Sepatutnya lagu yang betul-betul genre nasyid layak masuk Top 5 dan menang. Macam mana nak kenal lagu nasyid? Rujuk sample macam kita dengar dari Nada Murni, The Zikr, Raihan, Hijjaz, Rabbani, InTeam, Diwani, Brothers dan sepertinya lain.
"Kena tukar kategori kot, lagu Islamik terbaik," saran beberapa warganet di Facebook Azadan.