Hiburan

“Lagu Ni Dapat 47 Juta Tontonan, Hebat Tu!”- Dapat Lagu Luluh, Hady Mirza Berdebar

gempak
Azwa Rahman
07/11/2019
10:07 MYT
Sponsor Banner
“Lagu Ni Dapat 47 Juta Tontonan, Hebat Tu!”- Dapat Lagu Luluh, Hady Mirza Berdebar
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Hady Mirza akui berdebar untuk mempersembahkan lagu Luluh nyanyian asal Khai Bahar pada konsert minggu kelima GV2019.
Menurut Hady, dia terkejut apabila mengetahui lagu ciptaan Khai Bahar itu telah menerima hampir 47 juta tontonan di saluran YouTube.
“Lagu ni dapat banyak views, no kidding man, 47 juta! Selalu penyanyi biasa pun paling banyak dalam 12 juta tontonan. Ni 47 juta!” jelasnya kepada Gempak.
Hady ditemui selepas membuat persembahan konsert keempat GV2019 di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Menjelaskan mengenai persembahannya pada konsert kelima yang bertemakan CurHat, dia akan membawakan lagu Luluh mengikut caranya yang tersendiri.
“Saya akan cuba membawakan dengan gaya Hady Mirza. Harap Khai Bahar tak terasa tapi saya akan beri kelainan dan sedikit sentuhan personal,” jelasnya lagi.
Jangan lupa saksikan konsert kelima GV2019 pada hari Ahad ini 10 November 2019 pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live