Lagu Srikandi Cintaku Kembali Popular Gara-Gara Hantu Kak Limah, Ustaz Akhil Hayy Pula Nyanyi Selamba Je

Elrafaei Sapi
Ogos 16, 2018 15:08 MYT
Nampaknya lagu popular, Srikandi Cintaku yang pernah dipopularkan kumpulan legenda Bloodshed kembali diminati ramai gara-gara filem Hantu Kak Limah yang kini masih ditayangkan di pawagam.
Dalam filem arahan Mamat Khalid itu, lagu tersebut dinyanyikan semula oleh Mus May duet bersama Datuk Awie.
Kehebatan vokal dimiliki dua penyanyi otai itu memang cukup memukau penonton yang menyaksikan lagu tersebut dinyanyikan dalam salah satu babak dalam filem itu.
Jika Mus May dan Awie kelihatan serasi dalam filem itu, begitu juga persembahan Ustaz Akhil Hayy yang menunjukkan kehebatan vokalnya ketika menyanyikan sebahagian bait lagu tersebut.
Menariknya, penyanyi nasyid itu hanya menyanyi dalam posisi duduk sambil ditemani pemuzik Reyno daripada kumpulan Mega.
Aksinya itu mendapat pujian netizen di media sosial yang kagum dengan vokal yang dimiliki penyanyi itu.
"Subhanaallah...sedap nyer suara...," kata @justhaidil.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Shaw & IG @ustaz_akhilhayy
#mamat khalid #Hantu Kak Limah #Akhil Hayy