Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Lagu Sudah Siap, Saya Masih Tiada Motivasi Untuk..." - Adibah Noor

Asraf Aided
12/06/2019 08:56 MYT
Penyanyi, pelakon dan pengacara, Adibah Noor masih belum bersedia untuk melancarkan album terbaru meskipun proses rakaman lagu sudahpun siap.

Menurut Adibah, dia masih tiada motivasi kerana kebanyakkan masyarakat masa kini hanya memuat turun lagu secara percuma di internet.

"Saya ada lagu-lagu baru, semuanya sudah siap dirakam cuma belum dilancarkan.

"Saya masih tiada motivasi untuk melancarkannya kerana kebayakkan masyarakat masa kini hanya memuat turun lagu secara percuma di internet.

"Jika saya lancarkan lagu ataupun sebuah album, saya harus pertimbangkan tentang komposer dan penulis lirik yang mahu cari makan, saya masih ada pendapatan dari persembahan di majlis-majlis korporat," katanya kepada Gempak.

Adibah berkata demikian ketika ditemui di Reader's Digest Trusted Brands Awards 2019 bertempat di Grand Hyatt Kuala Lumpur malam tadi.

Adibah telah memenangi kategori Entertainment/ Variety Presenter buat kali yang kedua, anugerah itu dikurniakan sebagai satu penghargaan terhadap penjenamaan dirinya dalam industri hiburan tempatan.
#Adibah Noor