Lagu yang bertajuk Sumpah kekal milik penyanyi Naim Daniel dan Omar K sebagai penggubah lagu tersebut, tegas syarikat rakaman, World Peace Entertaiment (WPE).

"WPE dengan ini berhasrat untuk menegaskan bahawa Sumpah sebuah lagu yang menjuarai AJL34 baru-baru ini adalah mutlaknya, hasil karya kerjasama kreatif antara pihak-pihak berikut; Penulis Lirik (Naim Daniel) dan Penggubah (Omar K & Naim Daniel).

"Sumpah sepertimana yang telah diterbitkan dan diketahui umum semenjak April 2019, telah dan akan sentiasa menjadi hak cipta dikreditkan kepada pihak-pihak seperti yang tertera," maklum kenyataan media itu.

BACA: "Sila Kemukakan Bukti..." - Naim Buat Kenyataan Kerana Ada Yang Mengaku 'Sumpah' Hak Cipta Bersama?

Pihak syarikat rakaman sebelum ini menyatakan bahawa sebarang isu yang terjadi telah pun diselesaikan, namun sebaliknya yang berlaku.

Walau bagaimanapun, WEP tetap kesal dengan kesulitan yang dihadapi Dayana Amerda atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah, dan keluarganya mengenai isu hak cipta dan tuntutan beliau.

Pihak WEP juga meminta sekiranya Dayana mahupun wakilnya ingin menuntut sebarang hak, supaya menghubungi mereka dengan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh.



Terdahulu, Dayana dan pihak keluarga mengadakan satu sidang media yang meminta Naim Daniel untuk tampil dan menyelesaikan masalah hak cipta lagu yang berjudul Sumpah.

BACA: “Saya Tak Nak Duit, Apa Saya Nak Kejujuran” - Bekas Teman Wanita Naim Daniel Tuntut Hak Cipta Bersama

BACA: “Tak Ada Satu Kenyataan Yang Jelas Pun Mengatakan Saya Tak Terlibat" - Bekas Kekasih Naim Daniel Dakwa Isu Hak Cipta Tak Pernah Selesai

Isu pertikaian hak cipta lagu Sumpah tercetus sekitar Julai tahun lalu apabila lagu itu dikatakan menceritakan kisah percintaan mereka.

Difahamkan, lagu Sumpah yang diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 itu dihasilkan Naim dan Dayana pada tahun 2015 ketika mereka sedang menjalin hubungan cinta.