Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Lagu 'Terlalu Istimewa' Bukan Untuk Perkahwinan, Perpisahan, Anak Atau Insan OKU Mahupun Cinta Lovey Dovey Papa Mama" - Adibah Noor

Badrul Hashim 20/11/2019 | 02:24 MYT
Kadang-kadang pelik juga perangai segelintir yang tidak memahami konteks sesuatu perkara. Contoh ketara apabila menggunakan lagu tentang kematian untuk perkahwinan, 'baby shower' dan sebagainya.
Itulah sedikit kekecewaan yang diluahkan oleh penghibur serba boleh, Adibah Noor di Twitter apabila ada segelintir pihak yang tidak memahami tentang lagu 'Terlalu Istimewa' nyanyiannya.
Menurut penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal ini, lagu 'Terlalu Istimewa' sudah 14 tahun usianya tetapi masih ramai yang tidak tahu tujuan lagu itu dicipta.
"Lagu 'Terlalu Istimewa' dah 14 tahun. Ia adalah tribute untuk anak-anak yang sudah pulang ke Rahmatullah, anak-anak yang dah meninggal dunia.
"Ia bukan lagu untuk perkahwinan, perpisahan, anak/insan kelainan upaya, cinta lovey dovey papa mama. Raikan dengan betul," tulis Adibah di Twitter miliknya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang pengguna Twitter @lukmanbinhasan berkongsi info bahawa lagu tersebut merupakan tribute kepada Arwah adik Nurul Huda dan ianya turut diakui oleh Adibah sendiri.
Pada masa yang sama, ramai warganet turut berkongsi pengalaman tentang penyalahgunaan lagu tersebut dalam konteks sebenar.
"Saya cadangkan release a 2020 version: 'Terlalu Istimewa (Song For The Dead)', baru orang faham konteks lagu kot. Dah beratus pasangan pengantin potong kek atas pelamin berlatar belakangkan lagu ni," tulis @DaudSuratman
"Ada yang pakai untuk baby shower kak. Epic fail," komen @theredpandasays.
Lagu 'Terlalu Istimewa' ciptaan Azlan Abu Hassan dan liriknya ditulis oleh Adibah Noor sendiri pernah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-21 pada tahun 2006.
Berikut adalah lirik lagu 'Terlalu Istimewa'
Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di samping-Nya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia
(Ulang korus)
Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…
(Ulang korus)
#Adibah Noor #Terlalu Istimewa
;