Filem arahan Haji Zil, Seandainya Kau Ada telah menjengah pawagam di rumah anda menerusi Astro First (saluran 480) sejak 29 April lalu.

Selain menampilkan barisan pelakon yang hebat dan penceritaan menarik, filem ini juga mempunyai lagu runut bunyi (OST) yang sedap didengar.

Antara OST mengiringi filem ini adalah Kuasa Cintamu nyanyian biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kuasa Cintamu mendapat sentuhan Melly Goeslaw dan Siti sendiri selaku penulis lirik dan digubah oleh bintang berbakat dari seberang itu.

Lagu lain yang turut dimuatkan adalah Perpisahan nyanyian Khai Bahar, Cinta Sejati nyanyian Raysha Rizrose dan Empati nyanyian Jasper Supayah.

Seandainya Kau Ada dibintangi oleh Raysha Rizrose, Ruhainies, Aidit Noh, Fendy Bakry, Rozita Che Wan, Fauziah Nawi dan ramai lagi.

Ia mengisahkan pengorbanan bersulam elemen cinta dalam konsep Islamik.

Jangan lupa saksikan menerusi Astro First (saluran 480) atau strim sahaja di Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.