Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Lagu Tu Dihidangkan Untuk Yang Berakal” - Lirik Sesuci Lebaran Hina Orang Miskin? Ini Penjelasannya Sebenar!

Hanafis Haris 28/04/2022 | 07:56 MYT

Sejak semalam kecoh di laman sosial apabila seorang TikToker menyatakan pandangan bahawa lirik lagu Sesuci Lebaran, dendangan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai toksik.

Menerusi video yang dikongsikan, TikToker berkenaan berkongsi bahagian di mana Siti menyanyikan bait lirik: ‘Bantulah miskin, hina’.

TikToker itu kemudian menulis: “Hina ke jadi miskin?”

Isu yang cuba dibangkit itu kemudian mencetuskan kemarahan ramai yang rata-ratanya mengecam dan mempertikaikan taraf ilmu bahasa Malaysia pemuda berkenaan.

Malah, terdapat beberapa video yang memberi ‘tazkirah’ percuma memperjelaskan maksud sebenar lirik berkenaan.

Antaranya adalah seorang individu yang juga turut tular di platform TikTok.

Menurut individu berkenaan, dia tidak boleh mendiamkan diri jika bahasa dipermainkan.

“Dalam puisi ke dalam lirik lagu selalunya tak guna perkataan sepenuhnya.

“Macam juga miskin hina, dalam mesti ada perkataan ‘dan’ ditengahnya, miskin dan hina.

“Tapi dalam lagu dia buang ‘dan’ untuk sedapkan.

“Tak salah, janji lagu tu dihidangkan untuk berakal, boleh kenal pasti ada perbezaan entiti

“Kalau abang boleh kenal pasti baris lirik atas dua entiti iaitu tua muda, kenapa tak kenal baris bawah,” katanya.

Selain itu, pengacara dan personaliti Ahmad Fedtri Yahya menjelaskan lirik miskin hina bukan bermaksud kita menghina orang miskin tapi ia hanya perkataan menunjukkan miskin itu taraf lebih rendah dari kaya.

“Bukan kutuk hina insult tapi menunjukkan merendah kiri status sosialnya.

“Dalam doakan pun kita digalakkan menghina diri kepada Allah, merendah diri untuk sesuatu yang baik.

“Kita letak dirikan taraf yang bawah di atas Allah yang berkuasa. Kena banyakan membaca, bahasa melayu ni banyak maksud, banyak kiasan,” katanya.

Untuk rekod, lagu Sesuci Lebaran dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Hairul Anuar Harun.

#Siti Nurhaliza #Sesuci Lebaran #Miskin Hina
;