Lagu Viral Sampai Luar Negara, De Fam Kongsi Cerita Di Sebalik Single Alamak Raya Lagi!
Firdaus
10/04/2024 05:55 MYT
10/04/2024 05:55 MYT
Berjaya mencipta fenomena dengan lagu raya berjudul Alamak Raya Lagi! kumpulan De Fam mengakui tidak menjangkakan single terbaharu mereka itu tular sehingga ke luar negara dan menjadi trend terkenal di aplikasi TikTok.
Tak Sangka Tular
Menurut De Fam yang dianggotai oleh Azira Shafinaz, Sophia Liana dan Cik Manggis, lagu tersebut sebenarnya dicipta berdasarkan Raya ‘terkejut’ tahun 2022 dan sepatutnya dikeluarkan pada tahun lalu. Namun, atas beberapa sebab, lagu Alamak Raya Lagi! terpaksa disimpan dan dikeluarkan pada tahun ini.
“Secara jujurnya kami tak jangkakan apa-apa untuk lagu ni, dan kami dah simpan lagu raya ni lama sebenarnya, dah setahun.
“Sepatutnya lagu ni dikeluarkan tahun lepas, sebab lagu ni berdasarkan Raya ‘terkejut’ tahun 2022. Tapi disebabkan ada banyak perkara yang tak sepatutnya terjadi tahun 2023, jadi kami terpaksa simpan lagu ni sampai ke 2024.
“Alhamdulillah, lagu ni viral sampai ke luar negara, di mana kami memang tak jangkakan langsung dan kami hanya nak ucap terima kasih kepada yang menyokong,” kata Azira.

Kritikan Penggunaan Kata 'Alamak'
Mengulas lebih lanjut tentang kritikan netizen terhadap penggunaan perkataan ‘Alamak’ dalam judul lagu yang dianggap kurang senang untuk segelintir pihak, De Fam menyatakan penggunaan kata ‘Alamak’ itu adalah untuk menggambarkan suasana kecoh dan kelam kabut ketika menyambut perayaan Aidilfitri.
“Kita menceritakan sketsa bila kita kelam-kabut dekat kampung, nak buat kuih raya, sampin hilang ke Hari Raya pertama tu, sebenarnya ia hanya untuk menceritakan apa yang terjadi pada Hari Raya.
“Kadang-kadang kita kalut pagi-pagi tu, perkara-perkara macam tu. Penggunaan kata tu bukanlah sesuatu yang ‘mendalam’ dan ia sebenarnya cerita yang sangat biasa terjadi dalam kalangan kita,” ujar Sophia.

Lirik 'Tapi Wifi Macam Ba...'
Dalam pada itu, De Fam ketika disoal tentang bait-bait lirik dalam lagu berkenaan yang dikatakan terselit unsur-unsur carutan menjelaskan, ia terpulang kepada pemahaman pendengar sama ada mahu mengambil perkara itu secara positif ataupun negatif.
“Ramai yang cakap lirik tu macam mencarut, tapi kami tak mencarut, kami tak cakap apa-apa. Siapa yang terfikir secara negatif tu, tak boleh nak buat apa, tapi perkara tu ada maksud di sebaliknya,” terang De Fam.
Sekadar info, video muzik lagu Alamak Raya Lagi berjaya meraih 10 juta tontonan di YouTube sejak dikeluarkan pada 7 Mac lalu.
Lagu tersebut turut melahirkan satu trend di aplikasi TikTok yang meraih perhatian ramai pihak sehingga menjadi ikutan kumpulan wanita dari Korea Selatan, TRI.BE.BERITA TRENDING: “Tak Lama Lagi Giliran Kita” - Azira Shafinaz Beri Bayangan Bakal Kahwin?
“Ramai yang cakap lirik tu macam mencarut, tapi kami tak mencarut, kami tak cakap apa-apa. Siapa yang terfikir secara negatif tu, tak boleh nak buat apa, tapi perkara tu ada maksud di sebaliknya,” terang De Fam.
Sekadar info, video muzik lagu Alamak Raya Lagi berjaya meraih 10 juta tontonan di YouTube sejak dikeluarkan pada 7 Mac lalu.
Lagu tersebut turut melahirkan satu trend di aplikasi TikTok yang meraih perhatian ramai pihak sehingga menjadi ikutan kumpulan wanita dari Korea Selatan, TRI.BE.