Hiburan

“Lagu Virus Tak Ada Kena Mengena Dengan COVID-19” – Juara RapStar ERA, ASYRFNSR

gempak
Fiza Kamarudin
22/04/2020
13:48 MYT
Sponsor Banner
“Lagu Virus Tak Ada Kena Mengena Dengan COVID-19” – Juara RapStar ERA, ASYRFNSR
Juara RapStar ERA baru-baru ini, pendatang baru ASYRFNSR atau Asyraf menafikan single berjudul Virus mempunyai kaitan dengan pandemik COVID-19.
Asyraf berkata, ramai yang menganggap Virus ada kaitan dengan wabak tersebut kerana dilancarkan ketika seluruh dunia sedang berperang dengan COVID-19.
“Semuanya hanya kebetulan. Ironinya, Virus tidak menyentuh sama sekali mengenai penularan wabak itu sebaliknya itu adalah diri saya.
“Ku boleh berjangkit, ooh, aku ni Virus”. Mungkin disebabkan situasi terkini, ramai pendengar akan menganggap lagu ini adalah tentang wabak COVID-19. “Sewaktu saya menyertai RapStar ERA, saya memang menyimpan niat untuk memastikan karya yang dihasilkan sampai dan ‘menjangkiti’ semua orang.
“Ini disebabkan saya yakin dan percaya ada sesuatu yang unik dan istimewa dalam muzik saya serta bakal membuat orang ketagih dengan lagu-lagu saya,” katanya.
Bercerita mengenai Virus, Asyraf amat berbesar-hati dengan bantuan SonaOne dan mengakui sentuhan komposer itu menjadikan hasil akhir Virus lebih sempurna.
“Tahap pemikiran SonaOne sememangnya berada di tahap tersendiri. Dalam 20 minit pertama dia mampu siapkan rangka asas pada iramanya dan lagu ini berjaya siap sehari saja dalam masa tujuh jam.
“Setiap masa, dia masih boleh tambah instrumen mahupun bunyi baru dalam lagu ini. Saya pun tidak pasti bagaimana dia boleh lakukannya. Kalau dengar setiap bahagian dari intro, korus, dan outro, elemennya berbeza-beza,” katanya teruja.
Virus boleh dimuat-turun di iTunes dan laman penstriman muzik terpilih yang lain termasuklah Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music, dan KKBox.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024