Minggu lalu, ramai tersentuh apabila menonton episod terahir drama bersiri Ahli Bapak-Bapak Club (ABBC) lebih-lebih lagi bila menyentuh tentang bapa.

Ada yang dah mula teringat bapa di kampung yang berseorangan dah dah lama tak jumpa kerana pandemik Covid-19, terus ambil telefon hubungi orang tua di kampung/rumah pun ada tau.

Nampak tak penangan ABBC tu macam mana? Ramai yang memuji pengarahnya Tam Suhaimi kerana eksperimen untuk mengetengahkan tema lelaki dan bapa berjaya, melekat di hati penonton!

Tahniah Tam Suhaimi! Agak-agak nanti selepas ABBC Reunion ini Tam akan sambung ke musim kedua ke? Banyak juga permintaan daripada penonton tau.

Apa pun ABBC Reunion malam ini diharap dapat mengubat kerinduan penonton kerana banyak yang bakal dipaparkan tau.

Antara yang ditunggu-tunggu…Aiman Hakim menyanyikan lagu ‘When Nobita Meets Doraemon’! Harap-harap Aiman sporting dan dapat nyanyikan lagu tu untuk peminat-peminat ABBC.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Banyak lagi yang bakal dikongsikan dalam ABBC Reunion malam ini termasuk pengalaman barisan pelakon sepanjang penggambaran.

Oleh itu jangan lupa saksikan Aiman Hakim, Luqman Hafidz, Steve Yap, Datuk Fizz Fairuz, Datin Ziela Jalil, Maria Farida, Shiqin Kamal, Uyaina Arshad dan Amir Masdi.

Kepada yang ingin menonton ABBC, drama ini boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.