Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lah Ahmad Seronok Terima Undangan Nyanyian Kenduri Kahwin- “Orang Tak Tepuk Tangan Pun Tak Apa”

Syafiqah Jalal
15/03/2023 11:38 MYT
Penyanyi Lah Ahmad akui seronok membuat persembahan di majlis perkahwinan kerana merasa lebih santai dan kurang tekanan.

Kata Lah atau nama lengkapnya Abdullah Ahmad, 42, menjadi penyanyi undangan ketika majli perkahwinan satu tugas yang mudah kerana fokus tetamu lebih kepada pengantin dan menyanyi hanya hiburan selingan.

“Sebenarnya saya juga kerap diundang untuk membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan. Sejujurnya saya berasa lebih seronok menyanyi di majlis sebegitu.

“Perasaaan itu berbeza kerana ketika saya menyanyi di majlis perkahwinan, tetamu tidak terlalu focus kepada nyanyian saya berbanding ketika saya membuat persembahan pentas. Jadi saya berasa lebih selesa.

“Sehinggakan rasa, bila orang tak tepuk tangan pun tak mengapa. Apa yang penting saya masih jalankan tugas memeriahkan majlis. Itu kepuasan yang saya dapat,” katanya.

Selain menyanyi, adakalanya bekas anggota kumpulan VE itu juga diundang untuk berselawat di majlis perkahwinan untuk memberi keberkatan kepada majlis.

“Mereka juga undang saya untuk berselawat ada kalanya jadi saya seronok sebab dapat rasai keberkatannya dan gembira meraikan pengantin ,” katanya.

Mengenai perkembangan terbaharu, Lah bakal muncul dalam Festival SoundValley yang akan diadakan di MAEPS Serdang pada 6 dan 7 mei ini.
#Kahwin #Lah Ahmad #Kenduri #Nyanyian #Undangan
;