Hiburan
“Lahir Putih Gebu, Pengawet Dalam Burger Buat Kulit Cik B Jadi Hitam”- Datuk Seri Vida Haramkan Cik B Makan Burger
Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mendedahkan anaknya, Cik B mempunyai tabiat gemar memakan makanan segera.
Menurut Datuk Vida, tabiat tidak elok itu akhirnya membuatkan kulit Cik B atau nama sebenarnya , Nur Edlynn Zamilleen, 14, menjadi gelap kerana bahan pengawet yang terdapat dalam makanan segera itu.
Vida mendedahkan perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
“Cik B dan kacak banyak membesar dengan bibik sampaikan dah besar pun bibik pakaikan baju. Sikat rambut, lap-lap semua. Tapi sekarang dah okay sikit, tu la jika Cik B pandai apa sikit mama excited lebih.
“Cik B mama lahirkan puteh gebu… Montel... Rambut kerinting. Comel tapi Cik B jadi GEMOK sebab tiap malam c bibik dulu benarkan Cik B makan burger banyak sangat.
“Tiap malam burger-burger, mama tak tahu hingga habit Cik B nak makan burger je. Affect dia Cik B jadi *MOQ.
“Dah tahu tu punca dia mama dah haramkan Cik B makan burger... Pengawit dalam burger tu buat kulit Cik B jadi hitam.
“Sementelah Cik B mudah alergic kat ubat antibiotik, telinga dan bibir jadi tebal. Tapi antibodi Cik B kuat.
“Alhamdulillahhh, seingat mama CIk B tak pernah demam, jarang kalau demam q hari tido pastu ok macam Mama.
“Mama selalu busy pergi sini sana kerja. Tak habis sejak dulu terutama bila mama selalu keluar TV taja tu taja ni.
“Sekarang mama nak banyakkan habis kan dengan Cik B nak groomkan Cik B jadi Usahawan dari kecil mama pun niaga dari kecil. Modal sen-sen dulu,” kongsinya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya kagum dengan cara Vida mendidik anaknya walaupun sentiasa sibuk bekerja.
“You have such a beautiful heart @datoserivida. Cik B and Kacak must be proud to have you as their mom. Happy Mother's Day @datoserivida,” komen @aynulmardieya97
“Tak tahu nak royak gano, tapi saya napok sungguhnya dato cuba nak senangkan anak-anak dato (dale sudut positif). And saya terharu and admire sangat hubungan dato ngan anak-anak,” tulis @rraaff.ii
Foto: Instagram @datoserivida