Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lahir Tanpa Hempedu, Anak Dayangku Intan Meninggal Dunia Diusia 23 Tahun

Syafiqah Jalal
21/02/2020 02:43 MYT
Anak kepada penyanyi popular era 90-an, Dayangku Intan iaitu Wanku Intan Syarafana disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi Jumaat.

Menurut laporan mStar, Allahyarham yang baru berusia 23 tahun itu mengalami kompilasi selepas menjalani pembedahan pemindahan hati pada minggu lalu.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Wilayah Jalan Duta dan dikebumikan selepas solat Jumaat.

Terdahulu, pemindahan hati itu dilakukan selepas terkena jangkitan bakteria yang berkemungkinan berpunca daripada kucing peliharaan.

“Anak saya lahir tanpa hempedu ( biliary atresia baby) , penyakit ini sesuatu yang kami sudah jangka dari kecil lagi.

“Tapi dia berjaya survive selama 23 tahun, pemindahan hati dibuat selepas ada gangguan bakteria.

“Adik dia akan bertindak menjadi penderma hati,” katanya.

Sebelum ini, pelantun lagu Kita Insan Biasa itu menderma buah pinggangnya kepada suami Rosman Yahil pada 28 Januari 2018.

Sumber: mStar
#Penyanyi #Meninggal Dunia #Penyanyi #Dayangku Intan
;