Pelakon Izreen Azminda berkongsi berita gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata lelaki hari ini.

Perkara itu dikongsi Izreen menerusi akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

"Syukur Alhamdulillah, lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami.

"Terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan baby," coretnya.

Berdasarkan kapsyen yang ditulis, Izreen melahirkan anak ketiganya itu pada jam 9.06 pagi tadi.

Ruangan komen pula dipenuhi ucapan tahniah dan para pengikutnya juga bersyukur.

A post shared by I.Z.R.E.E.N A.Z.M.I.N.D.A (@izreen.azminda)


Izreen telah mendirikan rumah tangga bersama pemain muzik, Ude Wahid pada Ogos 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki sebelum ini, Aaron Ibrahim, 2.

Izreen juga pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhamad Riza dan dikurniakan cahaya mata, Muhamad Adrian Umar yang kini berusia 5 tahun.