Laman Utama

Lailasari Bangkit Dari Kubur Jadi Pontianak, Kak Limah Diserahkan Pada Pak Jabit Untuk Dijaga

gempak
Azwa Rahman
02/02/2021
07:50 MYT
Sponsor Banner
Lailasari Bangkit Dari Kubur Jadi Pontianak, Kak Limah Diserahkan Pada Pak Jabit Untuk Dijaga
Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri telah menemui penonton dengan episod kesembilan iaitu Lailasari Mak Kak Limah pada malam tadi.
Diarahkan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, episod kali ini menampilkan Delimawati sebagai pelakon jemputan yang memegang watak sebagai Lailasari.
Istimewanya kali ini, episod kesembilan membawa penonton kembali ke zaman 60-an selepas kelahiran Kak Limah dan sejarah hitamnya menerusi siaran hitam putih.
Ibu Kak Limah, Lailasari meninggal dunia ketika melahirkannya. Hantu Lailasari menghantui penduduk Kampong Pisang sehingga mereka semua ketakutan.
Setelah menangkap suaminya bersama perempuan lain, hantu Lailasari memilih untuk menyerah Kak Limah atau nama sebenarnya Halimah kepada Pak Jabit untuk dijaga.
Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.
Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.
Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live