Hiburan
“Lain Aku Tulis Lain Dibaca, Ada Lagi Manusia Cetek” - Suka Sangat Fitnah, Ini Teguran Sharifah Shahira
Pelakon Sharifah Shahira meluahkan rasa kesal terhadap sikap netizen yang gemar menjatuhkan hukum tanpa mengetahui niat sebenar.
Shahira atau lebih mesra dengan panggilan Shiera ini juga turut memuat naik komen berbaur fitnah ditulis oleh pengguna yang menggunakan nama @nazbatista di akaun Instaramnya hari ini.
Kata Shiera, netizen terbabit tidak sepatutnya membuat spekulasi yang boleh memburukkan namanya.
“Lain aku tulis lain di baca. Jatuh fitnah, kelakar ni. Kalau cakap rumah ada swimming pool tapi mengaji mintak murah lain la. Pastu anak aku mengajar sekali datang 150.
“10 kali datang 1500. Lama-lama swimming pool aku pun berkulat. Swimming pool 12 kali datang 300. Nak mengaji aku bayar tapi nak murah kalau sebulan 600. 10 kali datang okay la.
“Pahammmmmmm. Aku ni DJ zaman sekarang kurang ilmiah tapi ada lagi manusia yang lain lagi cetek jatuh fitnah. Baca caption betul-betul supaya hidup positif, salah sangka sokmo.
“Buatkan aku jadi babun. Lain kali sila DM nak tahu nak nasihat. Ke aku yang fitnah dia? #babuji Suruh sabar, sabar la tapi ini kelakar,” tulisnya.
Terdahulu, Shiera pernah memberikan komen balas terhadap kritikan biadap netizen mengenai kenyataan bekas suaminya, penyanyi kumpulan Black Dog Bone (BDB), Jatt berkenaan anak sulungnya, Alisha.
BACA: “Yang Komen Ni Ada Kawan Boleh Belajar Mengaji Secara Murah Tak?” – Sharifah Shahira Sindir Netizen