Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Lain Macam Aura Dia, Macam Angel Dari Langit” - Walaupun Berniqab & Berjubah, Penampilan Neelofa Ke Sebuah Acara Dipuji

Izwan Isa
02/10/2022 23:50 MYT
Penampilan usahawan dan pengsohor Neelofa ke majlis anjuran jenama antarabangsa popular, Lancome baru-baru ini berjaya menyorot perhatian netizen.

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan di Instagram, Neelofa dilihat mengenakan jubah berona emas berkilat.



Gaya ampuh ibu kepada Muhammad Bilal pada malam itu juga dilengkapkan dengan sebuah yang turut menyerlahkan lagi penampilannya.

Meninjau ruangan komen, penampilannya dipuji ramai. Rata-rata menyatakan rasa senang melihat dirinya yang masih kelihatan anggun, sunggupun bertutup dengan jubah dan juga niqab.

“Masya-Allah! Thank you for showing Islam's real beauty inside out. Keep spreading your Nur.”

“Walaupun Neelofa pakai jubah, dia juga yang paling cantik.”

A post shared by Neelofa (@neelofa)


“Masya-Allah... tetap paling berkilau walau tertutup rapat.”

“Masya-Allah, walaupun bertutup tetap terserlah aura cantiknya.”

“Lain mcm aura dia… macam angel dari langit.”



Untuk rekod, Neelofa pernah bergelar duta Lancome pertama untuk Asia Tenggara pada 2020 selepas tiga tahun mewakili jenama itu di Malaysia selain menjadi wanita berhijab pertama yang menjadi duta produk kecantikan tersebut.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
#Neelofa #niqab #Jubah
;