Lain Macam! Ini Rupa Awie Kalau Jadi 'Awie Yang Kecundang'
Amri Hassan
14/12/2018 08:03 MYT
14/12/2018 08:03 MYT
Siapa mampu sangkal keunggulan bintang rock legenda Datuk Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie?
Muzik, lakonan dan dirinya pun sudah azalinya menjadi satu jenama yang bukan calang-calang.
Namun, Awie menterjemahkan sisi dirinya seandainya kecundang dalam dunia seni sebagai watak bernama Sani Joned dalam filem televisyen terbaharu Berani Jadi Papa.
Kata Awie, Sani Joned digambarkannya sebagai seorang Awie yang gagal dalam kerjaya seni.
"Sebelum masuk ke set penggambaran, saya bertanya kepada pengarah siapa rujukan artis yang patut saya ikut untuk menterjemahkan Sani Joned.
"Katanya tiada. Jadi saya bawa diri saya dan gambarkan karakter itu sebagai Awie yang kecundang!
"Dalam filem itu saya cuba bangkit semula mencari populariti setelah kerjayanya tidak membuahkan hasil yang baik," katanya kepada Gempak.
Malah kata Awie, cara berpakaian juga tidak meniru mana-mana penyanyi sedia ada dan hanya mengikut gaya yang ditetapkan oleh penata busana.
"Saya pun terperanjat apabila perlu pakai baju-baju sedemikian, tetapi atas dasar karakter saya serahkan diri bulat-bulat.
"Apa yang disediakan wardrobe saya pakai sahaja kemudian saya corakkan karakter saya, olah mana-mana perlu.
"Saya harap Sani Joned tiada persamaan dengan penyanyi yang sedia ada," tambahnya.
Berani Jadi Papa mengisahkan kehidupan seorang bapa tunggal, Kamal (Ungku Hariz) bersama anaknya Ayim (Rykarl) yang tidak sefahaman.
Keadaan mula berubah apabila tubuh mereka tertukar ketika sedang bertengkar.
Sani Joned pula menjadi satu-satunya artis yang diuruskan Kamal.
Berani Jadi Papa telah mula bersiaran di Astro First Eksklusif (480) mulai 6 Disember.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Berani Jadi Papa berulang kali selama 48 jam dari waktu pembelian.