Pelawak dan penyampai radio ERA, Nabil Ahmad gembira dapat berkongsi rezeki bersama rakan-rakan sekerjanya.

Menerusi video pendek yang dikongsi di akaun Instagram rasmi ERA, Nabil yang bersama pasukan ERA dalam perjalanan ke Kedah bersempena dengan program TouERA 2022 telah singgah ke sebuah kafe popular iaitu Starbucks.

Difahamkan Nabil membelanjakan wang sendiri dengan membeli minuman dan juga bekas tumbler untuk rakan-rakan sekerjanya di ERA.

“Mula-mula harga kopi RM300 je guys, @nabilzira cakap murah sangat. Dia suruh ambil tumblr. Last-last bil kena RM3,000. Lain macamlah Nabil punya pemurah. Terima kasih @nabilzira belanja kita orang hari ini,” maklum kenyataan itu.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)

Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya ramai memuji Nabil yang tidak lokek selain mendoakan Nabil agar terus dimurahkan rezeki.

“Semoga dimurah rezeki Haji Nabil, Amin,” komen @official_mawarputih

“Bambil memang pemurah. Siapa yang pernah join team nabelicious mesti tahu. Semoga dilimpahkan lagi rezeki Bambil,” kazu_jayy.

Jangan lupa hadir untuk memeriahkan Konsert TouERA pada 27 Ogos (esok), jam 3 petang bertempat di Aman Central Mall, Kedah.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)