“Lain Macam Sakit Walaupun Anak Keempat” - Alhamdulillah Wawa Zainal selamat Bersalin!
30/11/2021 09:22 MYT
Selebriti jelita Wawa Zainal dan suaminya Aeril Zafrel selamat menimang cahaya mata keempat pagi hari ini.
Berita gembira itu dikongsi Wawa menerusi satu hantaran terbaru di Instagramnya.
“Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi. Jam 2 pagi menahan sakit, tak sampai hati nak kejut Aeril.
“Tunggu la sampai 5 pagi, sampai-sampai hospital sudah 9cm,” katanya.
Tambahnya, dia akui tahap kesakitan untuk melahirkan anak keempat itu agak berlainan.
“Lain macam sakit dia walaupun anak keempat. Nama belum ada, ada cadangan ke,” soalnya.
Sementara itu, Aeril menerusi posting di Instagramnya mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.
“Assalammualaikum anakku…Terima kasih semua atas doanya,” katanya.
BACA: “Tiba-Tiba Baby Nak Keluar..” - Wawa Zainal Nak Bersalin, Aeril Zafrel Mohon Doa Orang Ramai
Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.
Hasil perkahwinan mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.