HIBURAN

Lain Macam Sangat, Bercintakah Didie Shazry & Keka Nizam?

Asyraf Roslan 19/08/2025 | 01:55 MYT
Penyanyi, Didie Shazry menolak dakwaan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi, Keka Nizam.

Jelas Didie, apa yang dilihat peminat hanyalah sebahagian daripada tugasan mingguan mereka semasa di Raise The Star Malaysia (RTSMY).

“Tiada apa yang serius antara kami, semua yang kami buat itu adalah untuk memenuhi tugasan pada minggu tersebut sahaja. Kami lakukan itu pun atas persetujan bersama dan saya sangat bersyukur bila kami nyanyikan lagu itu ia menjadi,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, pelantun lagu Peganglah Hati ini turut mengakui dirinya masih solo dan belum mempunyai sesiapa yang istimewa dalam hidup.

Namun begitu, Didie tidak menafikan bahawa Keka memiliki ciri-ciri yang mampu menambat hatinya.

“Buat masa ini saya memang tiada siapa-siapa dan kalau nak tanya macam mana wanita idaman saya tak tahu nak cakap macam mana sebab saya tidak memilih. Kalau saya nak cakap pasal kecantikan saya tak rasa ada keikhlasan itu tiada.

“Kalau saya suka kepada seseorang, saya nak biar saya jadi bingung kenapa saya jatuh cinta dengan seseorang itu.

“Tapi kalau tanya macam mana saya tarik kepada seseorang itu adalah cara dia bercakap, karakter semasa dia bercakap dan juga karisma. Ya Keka ada semua itu,” ujarnya.

Terdahulu, peminat mula menghidu kisah cinta antara Didie dan Keka selepas mereka berdua menyampaikan lagu Hal Hebat di minggu separuh akhir RTSMY.
#Bercinta #Didie Shazry #Keka Nizam