Laman Utama
Lain Macam Single Terbaharu Ni…Dolla Memang Berani!
Lari dari kebiasaan, kumpulan Dolla muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul Berani.
Sabronzo, 26, yang mewakili Dolla berkata, lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh John Jeevesdan Firdaus Rahmatitu sedikit berbeza daripada kebanyakan single mereka sebelum ini.
“Dari ‘teaser’yang Dolla dah muat naik di Instagram, boleh dengar yang instrumental lagu ini memang lain.
“Malah, ‘vibe’ dan genre juga lain daripada lagu yang Dolla buat sebelum ini. Dalam erti kata lain, kali ini kita buat ia perlahan sedikit.
“Mungkin peminat Dolla akan tertanya-tanya kenapa single kali ini berbeza dari segi susunan muziknya, tapi itulah, kali ini Dolla nak tunjukkan sisi lain yang orang tak tahu.
Paling penting, kami mahu buktikan Dolla juga versatil sebagai grup M-Pop,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai single Berani, Dolla berkata, lagu Berani mengisahkan mengenai pemerkasaan wanita melalui sistem sokongan.
“Lagu Berani ini ditujukan kepada kaum wanita dan mahu mengangkat martabat wanita menerusi semangat juang dengan bangkit melawan penindasan dan ketakutan.
“Tema yang ingin disampaikan dan diketengahkan menerusi lagu ini adalah semangat dan membangkitkan keberanian dalam diri wanita.
“Bukan apa, hari ini masih ramai wanita yang takut untuk berubah kerana berasakan diri mereka lemah. Disebabkan itu, wanita perlu sentiasa ada sokongan yang kuat dari orang sekeliling.
“Lagu ini juga dedikasikan buat seluruh peminat kami yang digelar iDollayang sudah setia memberikan sokongandan sentiasa berada bersama kami,” katanya.
Dolla juga berharap Berani diterima iDolla dan peminat muzik tempatan.
“Kami harap iDolla dan pendengar semua boleh menerima dan enjoy dengan lagu ini. Paling penting juga harapnya pendengar dapat menerima sisi lain Dolla dalam lagu ini,” kata Dolla ketika majlis sidang media secara virtual baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Sabronzo mengakui Dolla teruja untuk kembali memeriahkan industri muzik tanah air selepas semua aktiviti seni dan persembahan dibenarkan beroperasi.
“Dolla memang sudah merancang untuk membuat persembahan secara langsung untuk beberapa acara. Jadi, kami sangat teruja sebab dapat membuat persembahan semula untuk semua.
“Selain itu, buat masa sekarang kami mahu memberi fokus pada lagu ini dahulu dan dalam masa sama ada lagu baru lain yang sedang dalam proses pembikinan,” katanya.
Terdahulu, pada Mei lalu, Dolla menerima penghargaan daripada Samsung apabilawajah mereka telah diabadikan sebagai lukisan mural yang terletak di Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur.
Dengan ini, pihak Universal Music Malaysia ingin mengumumkan single terdahulu Impikan Berjaya mendapat Anugerah Platinum berdasarkan jualan strim mereka melebih RM200,000 di Malaysia.
Perkembangan lain, Dolla menjadi artis ketiga tanah air muncul di Billboard New York Times Square pada 20 September lalu.
Dalam masa sama, Dolla turut dilantik sebagai antara duta Spotify equal SGMY.
Single Berani yang turut mendapat sentuhan John Jeeves selaku penerbit dan penggubah dilancarkan secara rasmi di semuaplatform muzik digital pada 24 September lalu.
Serentak itu, video muzik boleh boleh ditonton di saluran YouTube Dolla Vevo.