Hiburan

"Lainlah Baju Aku Nampak Anggota-Anggota Yang Mengiurkan .." - Didakwa Seksi, Isteri Sufi Rashid Tampil Bersuara

Zulaikha Yusof
09/03/2020
03:47 MYT
Isteri kepada penyanyi Sufi Rashid, Nurulain Md Yusof mendedahkan menerima banyak komen mengenai cara pemakaiannya daripada pengikut Instagram (IG)nya.
Kata Ain, dia tidak ingin marah namun merasakan teguran yan diberi itu sangat melampau kerana ia melibatkan Sufi.
"Saya menerima banyak mesej dan komen, semua cakap pasal baju saya. Susahlah nak cakap guys, aku ni tak reti nak marah-marah dekat IG.
"Apa aku kongsi semua benda gembira, jarang aku nak marah lagi-lagi kat media sosial ni. Tapi korang makin melampau.
"Sebelum aku kahwin lagi aku memang pakai macam ni, tapi perlahan-lahan masa aku kenal Sufi aku tinggalkan apa aku patut tinggalkan," tulisnya.
Ketidakpuasan hati itu disuarakan menerusi Instagram Stories miliknya semalam.
Dalam pada itu, Ain menyatakan dirinya akan meminta pendapat daripada Sufi terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
Malah, Ain dalam proses untuk berubah menjadi seorang wanita dan isteri yang lebih baik.
"Hidup kita makin lama nak makin baik, jadi perlahan aku berubah. Sufi tu la yang banyak nasihat aku lagi-lagi bab baju.
"Ni sejak kahwin aku selalu tanya, 'boleh tak pakai baju macam ni' dan kalau Sufie kata okay baru boleh aku pakai.
"Jangan la komen macam Sufi tu bukan lelaki yang baik tak tegur cara pemakaian aku. Perlahan guys.
"Nak tegur boleh, tapi ada cara. Lainlah baju aku nampak anggota-anggota yang mengiurkan ke apa lain lah.
"Korang tegur dah betul tapi cara salah. Kita manusia ada hati perasaan, jadi jaga lah. Sakitkan hati orang pun dosa kan? " tulisnya lagi.
Sufi dan Nurulain selamat bernikah pada 21 September tahun lalu di Pulse Grande Hotel Putrajaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Nak Healing? Sufi Rashid Ajak Turun Konsert Galau Singapura! Judika, Noah, Insomniacks, Taufik Batisah Antara Yang Perform

gempak
05/10/2023
12:13 MYT
Konsert Galau pertama kali di Singapura.
Laman Utama

“Jawapan Kami Dalam Perancangan” – Sufie Rashid Fokus Kerja, Ingin Sediakan Kemudahan Terbaik Untuk Bakal Zuriat

gempak
04/08/2022
04:00 MYT
Bukan tiada rezeki anak, tetapi sudah dirancang
Laman Utama

Kaki Bengkak, Ligamen Terkoyak, Isteri Sufi Tetap Hadir Beri Bantuan, Ramai Doa Cepat Sembuh

gempak
29/12/2021
23:47 MYT
Semoga cepat sembuh Ain.
Hiburan

Dituduh Tayar Pecah Sebab Pandu Laju, Isteri Sufi Rashid Tampil Beri Penjelasan!

gempak
23/11/2020
12:10 MYT
Kami membeli kereta ini sebulan yang lalu ada kemungkinan tayar ni tamat.
Laman Utama

“Dia Menangis Apabila…” – Sufi Rashid Syukur Miliki Isteri Kuat Dan Tabah

gempak
21/09/2020
08:34 MYT
Sama-sama susah senang.