“Lajunya, Hebatkan” – Danial Zaini Tunai Hasrat Peminat, Kagum Lihat Azmi Saat Taip Mesej Guna Telefon

Mya Amri
Mei 4, 2021 05:30 MYT
Juara Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2), Danial Zaini menunaikan permintaan peminat yang ingin tahu bagaimana cara Azmi Saat menggunakan telefon bimbit tanpa bantuan orang lain.
Menerusi akaun Instagramnya, Danial memuat naik hantaran baharu merakamkan Azmi yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) menggunakan telefon bimbitnya dengan mudah.
“Ramai tanya macam mana @azmi_saat balas whatsapp tengok handphone semua. Ni lah jawapan nya. Hebatkan azmi! #heart,” tulis Danial.
Menerusi video itu juga, Azmi menjelaskan tentang cara penggunaan telefon bimbitnya.
“Dalam telefon ni dah ada voice over jadi apa sahaja yang saya sentuh di skrin dia akan baca,” kata Azmi sambil tersenyum.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dengan kebolehan Azmi.
“Anugerah Allah pada dia yang kita tak ada kan,” tulis @alimahhjmohdsharif
“SubhanaAllah... Maha suci Allah yang menciptakan semuanya,” coret @iza.shafiza
Sekadar info, selain anggota kumpulan Heart bersama Danial dan Ezad Lazim dalam MLS2, Azmi juga merupakan vokalis Caliph Busker.
Selain Azmi, Caliph Busker turut dianggotai ahli kumpulan lain yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu Zaki Ismail (Bassist), Fendy Adlun (dram), Nirwan Zainalabidin (Guitarist), Khairul Azmi Saat (Vocalist/Keyboard) dan Nadira Rubiana (Shaker).
#Azmi Saat #Caliph Busker #Danial Zaini #OKU #MLS2 #Muzikal Lawak Superstar 2