“Laki Nak Makan Air Tangan Isteri” - Sharifah Shahirah Guna Jari Cicah Lauk Suami Buat Netizen Terhibur
Azwa Rahman
03/03/2021 12:30 MYT
03/03/2021 12:30 MYT
Penyampai radio Suria FM Sharifah Shahirah mencuri perhatian wargamaya apabila menunjukkan demonstrasi ‘air tangan isteri’ dengan mengeluarkan lauk suaminya aktor Ijoy Azhari menggunakan jari.
Menerusi laman sosial Instagram, pelawak yang turut dikenali sebagai Shiera ini berkongsi video tersebut untuk tatapan umum.
“Hari ni kita dah nak cepat, nak pergi kerja. So, makan pun lauk tempoyak pucuk ubi Induk.
“Tempoyak campur petai dalam tu uols, jadinya senang sahaja penyediannya. Oh sorry, lahh pakai tangan, laki nak makan, air tangan isteri,” katanya di dalam video tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur melihat aksi Shiera yang menggunakan jari untuk mengaul lauk suaminya.
“Hahaha lawak sis, air tangan isteri,” komen seorang wargamaya.
“Air tangan isteri, yang sebelah tu dia makan selera je,” kata seorang wargamaya.
“Shiera pot pet pot pet, Ijoy selera je makan,” usik seorang wargamaya.
“Tudung pun tak sempat pin lagi tu, lawak, lawak,” tulis seorang wargamaya.
“Air tangan isteri tu win, cicah cicah siap haha,” ujar seorang wargamaya.
“Hahaha tersedak gelak. Cicah cicah kat tempoyak tu, air tangan isteri,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut meraih hampir 100,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Menerusi perkongsian kurang dua minit itu lagi, Shiera sempat mencuri lauk suaminya sambil mengaul tempoyak tersebut lalu menggelarnya sebagai ‘air tangan isteri’.