Laman Utama

Lakonan AC Mizal Dalam Abang Long Fadil 3 Tarik Perhatian Penonton - “Datuk AC Tak Pernah Kecewakan Aku”

Izwan Isa
16/09/2022
11:50 MYT
Filem aksi komedi Abang Long Fadil 3 sudah pun ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia sejak 8 September lalu.
Selain meraih kutipan RM10 juta hanya selepas beberapa hari ditayangkan, filem Abang Long Fadil 3 juga turut menerima maklum balas positif dalam kalangan penonton yang sudah menyaksikan karya arahan Syafiq Yusof ini.
Menerusi ruang komen beberapa platform media sosial, ada dalam kalangan peminat yang memuji lakonan Datuk AC Mizal menerusi filem berkenaan.
“Ada orang kata so so, ada orang kata tak best. Tapi aku tengok dari awal sampai habis bekekek aku gelak. Nak-nak scene Khir Rahman berjoget tu dengan AC lagi, Johan lagi.
“Datuk AC tak pernah kecewakan aku. Asyik tergelak jer bila tegok scene dan lakonan dia. Mantap Datuk!”
“Abang Long Fadil 4 nanti buat AC Mizal robot pulak… tak mungkin dia ada kembar 4 kan?”
Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.
Filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Jom Sambung Gelak, Ulang Banyak Kali! Abang Long Fadil 3 Boleh Ditonton Di Astro First Mulai 17 November Ini

gempak
15/11/2022
15:20 MYT
Tak sabar!
Laman Utama

“Lepas Pukul 6, Semua Balik!” - Mahu Pekerja Balik On Time, Ramai Puji AC Mizal Jadi Boss! Siap Tanya Ada Kerja Kosong Tak

gempak
22/10/2022
06:30 MYT
Datuk AC ni memang boss yang sporting lah.
Laman Utama

Ozlynn Pernah Rasa Berbelah Bagi Untuk Terima Tawaran Jayakan Abang Long Fadil 3 Sehinggalah…

gempak
05/10/2022
06:50 MYT
Tak meriah kalau Ozlynn takda
Laman Utama

Abang Long Fadil 3 Raih Kutipan RM22 Juta, Pecah Rekod Sekuel Terdahulu

gempak
30/09/2022
10:20 MYT
Tahniah!
Laman Utama

Elizabeth Tan Jayakan Babak Aksi Tanpa Guna Khidmat Pelakon Lagak Ngeri Dalam Abang Long Fadil 3

gempak
29/09/2022
11:50 MYT
Terbaik Lizzy!