,
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

Gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.

Perlu dielakkan

Mufti Pulau Pinang, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, perkara itu perlu dielakkan sama sekali kerana ia melibatkan soal moral dan akhlak apabila peranan anak serta ibu telah bertukar menjadi suami isteri walaupun ia sekadar kandungan media sosial semata-mata.

“Secara umumnya lakonan itu tidak ada masalah tetapi apabila anak menjadi suami manakala ibu pula menjadi isteri sudah tentu perasaan itu akan bertukar dan mendatangkan mudarat kepada kedua-duanya.

“Kita takut kalau perkara ini menjadi norma masyarakat ia akan membawa kepada perlakuan sumbang mahram.

“Apa-apa perkara yang boleh membawa kepada perbuatan haram maka perkara itu perlu dielakkan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Usah lakukan perkara yang boleh bawa keburukkan

Mengulas lanjut Mohd Sukki berkata, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak menjadi insan berakhlak mulia.
Tambah beliau, perkara yang membawa kepada keburukan dan membuka ruang maksiat perlu dielakkan

“Saya tidak setuju dengan perkara macam ini kerana ibu bapa perlu mendidik anak dengan betul supaya tidak melakukan perkara yang boleh membawa kepada keburukan.

“Jangan buka ruang yang boleh membawa kepada masalah akhlak,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

ARTIKEL BERKAITAN:Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual

ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Kutuk Ke, Cakap Saya Terpaling Tahu Ke, Silakan” - Teruk Dikecam Bersuara Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Tetap Mahu Sebar Kesedaran Tentang Pedofilia

ARTIKEL BERKAITAN:Isu ‘Abang Bas’, Uyaina Arsyad Anggap Konten Kanak-Kanak Boleh Undang Kesalahan Jenayah - “Mungkin Dia Itu Orangnya Memang Baik Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai” - Diana Danielle Puas Hati Abang Bas Sekolah Ditangkap

Sebelum ini, pemilik akaun TikTok, Dya Romantika Life menerima kritikan hebat daripada pengguna media sosial ekoran pengisian ibu dan anak dalam watak suami isteri sehingga menimbulkan fitnah.
Susulan itu, pemilik akaun berkenaan telah tampil memberikan penjelasan bahawa kandungan tersebut hanya lakonan semata-mata dan tiada niat untuk membuat sesuatu yang buruk terhadap anak lelakinya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Bestnya! Macam Pakcik-Pakcik Chinese Ajak Menyembang” - Netizen Seronok Dengar, Kagum Nubhan Fasih Berbahasa Cina

gempak
13/11/2024
12:55 MYT
Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Nubhan Ahmad mendapat perhatian netizen selepas bertutur dalam bahasa cina.
Hiburan

Aura Ina Naim Menyerlah, 22,000 Tonton Pasangan Pengantin Baharu

gempak
13/11/2024
06:25 MYT
Aura pengantin baharu, Ina Naim semakin menyerlah apabila buat pertama kalinya melakukan penstriman langsung bersama suami sehinggakan mencapai lebih 22,900 tontonan semasa.
Hiburan

5 Tahun Berehat, Izara Aishah Dedah Bakal Bintangi Drama Bersama Fattah Amin - “Sedikit Risau Nak…”

gempak
13/11/2024
02:25 MYT
Lima tahun berdiam diri dalam industri lakonan tanah air, pelakon Izara Aishah mendedahkan dirinya bakal membuat kemunculan semula dengan membintangi sebuah drama.
Viral

Tak Pernah Haramkan, Kelantan Akan Bincang Syarat Sedia Ada Buka Pawagam

gempak
05/11/2024
09:25 MYT
Kerajaan negeri akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai syarat yang akan dikenakan untuk membuka pawagam di negeri ini berikutan ada permohonan daripada beberapa syarikat.
Hiburan

Lima Tahun Berehat, Juliana Evans Seronok Dapat Kembali Aktif Dalam Dunia Lakonan - “Cuma Saya Akuilah Memang…”

gempak
04/11/2024
18:55 MYT
Tak pernah terfikir untuk bersara dari dunia seni, pelakon Che Puan Juliana Evans meluahkan rasa gembira dapat kembali aktif dalam lakonan selepas lima tahun berehat.
Unitar