Filem terbaru arahan Kabir Bhatia iaitu Sangkar seringkali mendapat maklum balas positif dari orang ramai yang telah menontonnya.

Menerusi tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen merasakan filem Sangkar umpama mencetus fenomena dalam penghasilan filem tempatan.

Rata-rata mereka berpendapat filem ini sempurna dari pelbagai aspek dan ia bukan sekadar filem Melayu biasa seperti yang pernah ditonton sebelum ini.

Malah, ada juga yang mengucapkan tahniah kepada pihak produksi secara keseluruhan.



Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi

Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang masih ditayangkan di 108 pawagam seluruh negara.

Selain itu, Sangkar turut ditayangkan di Brunei dan Singapura, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!