Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lakonan Sharifah Rose Dikritik 'Kayu', Hj Zil Back Up; "Geram Artis Pakat Kutuk Dia"

Zulaikha Yusof
17/05/2021 05:20 MYT
Di platform media sosial, nama Instafamous dan pelakon baharu Sharifah Rose Sabrina, 23, menjadi bualan ramai.

Semuanya gara-gara lakonan Sharifah Rose bersama aktor Redza Rosli menerusi sebuah drama di sebuah stesen televisyen.

Kemunculan Rose telah mendapat kritikan dalam kalangan netizen kerana hasil lakonannya yang didakwa kaku.

"Macam mana la kau boleh dapat tawaran berlakon ni? Kayu betul.

"Kawan saya berlakon untuk assignment syarikat undang-undang lagi nampak realiti dari ini.

"Oh Sharifah Rose ke? Ingatkan pokok tadi.

"Kenapa macam tengah berpidato?" antara komen-komen nakal netizen.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, penerbit Haji Md Fadzil Teh atau lebih dikenali sebagai Hj Zil tampil mempertahankan Rose dengan memberi pujian.

Menurut Hj Zil, lakonan Rose tidak seteruk seperti mana yang dikatakan oleh orang lain termasuk golongan selebriti.

"Lakonan okey tak teruk la. Geram artis pakat kutuk dia. Okey sangat Sharifah Rose berlakon," tulisnya menerusi satu ciapan di laman Twitter.



Sebelum ini, pelakon yang pernah dikaitkan menjalinkan hubungan dengan anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid mendedahkan dia mengambil inisiatif dengan menyertai kelas lakonan di bawah bimbingan Ellie Suriaty.

Twitter: @sharifahrose & @fadzilteh
Sumber: BH Online


#Redza Rosli #Drama #Berlakon #Sharifah Rose #Hj Zil
;