Baru tiga hari ditayangkan, filem Tarantula X nampaknya semakin mendapat tempat di hati penonton.

Rata-ratanya menyatakan rasa puas hati dengan jalan cerita dihasilkan selain barisan bintang hebat yang menghidupkan lagi karakter masing-masing.

Buktinya, tengok sahajalah pada nama Eman Manan, Nam Ron, Adlin Aman Ramli, Vanidah Imran dan Mona Allen sahaja pun sudah cukup untuk penonton bayangkan kualiti lakonan kelas A dalam Tarantula X.

Bukan itu sahaja, jalan cerita penuh suspen juga menjadi antara daya tarikan Tarantula X. Penonton sendiri tidak dapat meneka watak mana yang menjadi pembunuh, mungkinkah ada plot twist? Mungkin tidak?

Tiga sahabat, dua keluarga berantakan kerana seorang perempuan penggoda…

Tunggu apa lagi guys tonton sekarang tau.

Saksikan Tarantula X di Astro First, saluran 480.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga distrim di Astro Go dan On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Sinopsis:

Tiga sahabat, dua keluarga, berantakan kerana seorang perempuan penggoda.

Filem ini mengisahkan tentang perempuan mata duitan, Shima (Mona Allen) yang suka menjalin hubungan sulit dengan lelaki kaya termasuk suami rakan-rakannya, Ayu (Vanida Imran) dan Liza (Marissa Yasmin).

Apabila Adam (Namron) iaitu suami Ayu menjadi lumpuh dan berkerusi roda akibat serangan jantung, Shima beralih arah kepada suami Liza, Anas (Adlin Aman Ramlie).

Sebagai sahabat baik kepada Adam dan Anas, Amir yang masih bujang (Rashid Salleh) mendamaikan mereka tetapi gagal.

Tanpa pengetahuan Anas, isterinya cuba menjodohkan Amir dengan Shima. Namun Shima menolak dan menghina Amir.

Modus-operandi Shima adalah mengambil “selfie” bersama pasangannya di atas katil lalu foto-foto tersebut dijadikan senjata untuk peras ugut mereka bagi mendapat wang yang dapat menampung kehidupan mewahnya.

Apabila Anas ingin memutuskan hubungan, Shima mengugut untuk sebarkan gambar dan menuntut RM1 juta, dan itu mencetus kemarahan Anas. Apabila Shima dijumpai mati dibunuh, penyiasatan yang diketuai ASP Anuar bermula.

Sebagai saksi utama, Ain iaitu adik angkat yang tinggal bersama Shima juga tersenarai sebagai suspek pembunuhan termasuk Anas, Ayu, Amir dan Adam.

Setiap mereka mempunyai asas dan sebab untuk melakukan pembunuhan berikut. Teka-teki motif dan suspek dibawa hinggalah ke babak terakhir untuk membongkar misteri pembunuh sebenar Shima.