,
Hiburan

Lakonannya Dipuji, Tapi Siapa Sangka Pelakon Wira Ini Rupanya Diambil Saat-Saat Akhir!

Hanafis Haris
18/12/2019
10:23 MYT
Biarpun dipilih pada saat-saat akhir, pelakon baru yang membawa watak utama Filem Wira iaitu Fify Azmi membuktikan dia mampu memberikan komitent sepenuhnya untuk naskhah tersebut.
Menceritakan pengalamannya ketika pertama kali menghadiri uji bakat filem Wira, Fify menjelaskan ia bukanlah semudah yang disangka.
"Saya dapat panggilan daripada Hairul supaya datang uji bakat. Tapi waktu tu semua pelakon dah diambil, casting pun habis, malah saya pun tak tahu Wira sebenarnya tentang apa.
"Namun lepas uji bakat, Adrian minta saya datang semula. Hari tu dia minta saya buat satu tendangan 'punching bag' tapi memang ke laut lah.
"Menariknya lepas tu terus je saya disuruh buat latihan untuk filem wira. Yes macam tu je," katanya.
Ditanya antara cabaran latihan untuk filem aksi berkenaan, Fify berkata, dia terpaksa bergerak laju kerana hanya mempunyai antara dua hingga tiga minggu saja.
"Pelakon lain semua dah berlatih sejak dua bulan lepas, jadi Fify kena 'catch up' cepat.
"Setiap hari berlatih non-stop, memang tegang," katanya.
Untuk makluman anda, Fify Azmi atau nama sebenarnya Fify atau nama sebenarnya Nor Afiqah Mohamed Azmi, 29, memegang watak sebagai Zain Munas iaitu adik kepada Hassan Munas lakonan Hairul Azreen.
Selain mereka berdua, filem Wira turut dibintangi Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan serta pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda,
Pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.
Wira diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios.
Filem ini telah pun memulakan tayangan di pawagam seluruh negara bermula hari ini, jadi apa tunggu lagi?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Jiwa Malaysia 2024

gempak
06/09/2024
01:35 MYT
Jom sertai GMW Giveaway sekarang!
Hiburan

Filem Adoiii Jiwaku Bakal Ditayangkan Secara Percuma Sempena Hari Malaysia!

gempak
05/09/2024
16:46 MYT
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, pihak Lomo Pictures Sdn Bhd memberi tayangan secara percuma filem ‘Adoii Jiwaku’ buat para penonton.