Dunia seni Indonesia saat ini bakal menerima kelahiran anak anak bintang popular mereka.
Saat ini diketahui pelakon dan penyanyi Nagita Slavina sedang hamil anak keduanya. Model dan pelakon yang juga merupakan isteri Baim Wong, Paula Verhoeven juga hamil anak kedua.
Kemudian anak diva Krisdayanti, Aurel Hermansyah yang juga seorang penyanyi hamil anak sulung hasil perkongsian hidup bersama YouTuber Atta Halilintar.
Dan terakhir sekali, penyanyi dangdut Lesti Kejora juga hamil selepas menikah dengan pelakon Rizky Billar pada tahun ini.
Meraikan fasa kehamilan mereka, Nagita yang merupakan isteri Raffi Ahmad menganjak tiga temannya itu untuk melakukan sesi pemotretan ibu hamil bersama. Dia pun memberi jolokan The Bumils (ibu hamil) kepada 'kumpulan' ini.
Menurut Aurel, Nagita adalah mastermine terhadap sesi pemotretan tersebut dan menyediakan semua dari pakaian sehingga props buat mereka.
"Nagita hubungi saya, bertanya mahu tak ikut serta dalam sesi pemotretan The Bumils. Selepas saya dengar ada Paula dan Lesti, saya tak sabar dan teruja untuk melakukannya. Nagita menyiapkan semua untuk kami," kata Aurel seperti dilaporkan media tempatan.
Foto yang menyaksikan keempat empat ibu hamil itu mengayakan beberapa pose telah mencuri perhatian warga maya, malah dua keping hasil pemotretan yang dikemas kini dalam akaun Instagram Nagita telah mendapat lebih 2.3 juta tanda suka daripada kalangan pengikutnya.
Selain memuji dan mendoakan kesihatan serta kelancaran kelahiran, ramai warga maya yang 'salah fokus' sekaligus berdebat mengenai usia kehamilan dan perut besar Lesti.
Namun menerusi laporan Viva.co, pada pandangan segelintir warga maya, perut Lesti kelihatan sangat besar dan memboyot dan seperti tidak selari dengan tanggal pernikahan mereka.
Malah beberapa hari lalu warga maya juga berdebat dan terkejut melihat foto imbasan bayi yang dikongsikan oleh Rizky menerusi Insta Storynya yang dikatakan sudah kelihatan besar dan dikatakan seperti bayi berusia enam bulan.
"Padahal baru 1 bulan Lesty nikahnya, tapi perut nya sudah seperti kak Gigi (Nagita)...," komen seorang netizen.
"Cepat amat perutnya Lesty besar," komen yang lain pula.
"Yang satu perasaan baru acara, perutnya sudah sama aja dengan yang sudah lama acaraan," ujar seorang lagi netizen.
Lesti dan Billar menikah pada 29 September 2021 lalu, namun selepas gosip mengatakan penyanyi itu seperti sudah hamil semasa acara berlangsung telah membuat pasangan ini mengaku telah menikah secara 'rahsia' pada awal tahun ini.
Pengakuan tersebut kemudian menjadi lebih hangat apabila ada individu yang melaporkan mereka kepada polis atas dakwaan berbohong sehingga diancam penjara empat tahun.
Sementara itu, selain Lesti, Nagita dan Paula kini sudah memasuki trimester ketiga kehamilan manakala Aurel pula sedang hamil empat bulan.
Instagram: @raffinagita1717, @aurel.hermansyah
Maliah Surip
Fri Oct 01 2021
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.