Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Lalu Di Lapangan Terbang, Teringat Bau Wangian Bekas Kekasih Masa Umur 18 Tahun” - Maya Karin

Shahrin Zulkifle
30/03/2023 04:00 MYT

“Saya bukan jual perfume semata, saya menjual kenangan,” demikian kata pelakon jelita Maya Karin ketika diminta mengulas mengenai produk wangian terbaharu jenama miliknya, By Maya Karin.

Kata Maya, 43, tempoh seseorang yang menggunakan wangian yang terdiri daripada tiga haruman yang dinamakan Andika, Kemboja dan Laici itu boleh bertahan selama lima tahun.

“Semua perfume saya berdasarkan OUD, jika anda pakai baunya tidak akan hilang selama lima hingga enam tahun.

“Ada tiga pilihan haruman yang saya keluarkan iaitu Andika, Kemboja dan Laici yang mana setiap daripada bau itu ada kisah serta pengalaman berbeza. Semua bau itu menjadi kegemaran saya dengan harga yang berpatutan.

“Saya sebenarnya bukan menjual perfume semata-mata, namun sebaliknya apa yang ingin kongsikan saya menjual kenangan, pengalaman dan rasa ikhlas,” katanya kepada Gempak.

Maya berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran wangian tersebut yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai wangian berkenaan, Maya berkata mengeluarkan minyak wangi jenamanya sendiri adalah impiannya sejak dulu lagi.

“Sebenarnya saya dilamar untuk mengeluarkan minyak wangi ini adalah sejak sembilan tahun lalu. Tapi saya dan rakan kongsi saya perlahan-lahan mulakan projek ini sejak tiga tahun lalu.

“Jujurnya saya memang sukakan wangian sejak remaja lagi dan saya sukakan kenangan yang hadir bersama setiap wangian.

“Sebab dulu pada usia saya 18 tahun saya ada teman lelaki yang mempunyai wangian kegemarannya. Dan 10 tahun berikutnya saya lalu di lapangan terbang, saya teringat akan bau wangian bekas kekasih ketika saya umur 18 tahun itu.

“Jadi saya tidak mahu hanya menjual wangian tapi juga kenangan dan pengalaman. Disebabkan itu saya hasilkan ia dalam kotak yang cantik yang boleh diberikan sebagai hadiah,” tambahnya.

Sekiranya berminat untuk memiliki haruman tersebut, boleh terus ke laman rasmi bymayakarin.com sekarang.

#Perfume #Minyak Wangi #Maya Karin #By Maya Karin #Andika Kemboja Laici
;