Hiburan

“Lalui Detik Sukar… Terfikir Nak Berehat Tapi Saya Pilih Untuk Tak Putus Asa” – Cha Eun Woo

gempak
Mya Amri
23/10/2019
14:48 MYT
Sponsor Banner
“Lalui Detik Sukar… Terfikir Nak Berehat Tapi Saya Pilih Untuk Tak Putus Asa” – Cha Eun Woo
Penyanyi dan pelakon Korea Cha Eun Woo akui pernah melalui detik sukar sebagai seorang anak seni.
Menurut Eun Woo, perjalanan untuk berada dalam bidang seni tidak mudah seperti yang dilihat namun dia memilih untuk tidak putus asa.
“Sudah pasti banyak detik-detik sukar dan gembira yang terpaksa saya lalui sepanjang bergelar anak seni.
“Dalam kontek sebegitu, adakalanya saya benar-benar mahu berputus asa dan saya juga pernah terfikir untuk berehat.
“Namun, saya berasa sangat gembira dan bersemangat apabila sentiasa bersama dengan anggota kumpulan ASTRO dan juga syarikat pengurusan.
“Walaupun perjalanan itu tidak mudah namun saya memilih untuk tidak putus asa, melakukan yang terbaik dan bekerja lebih keras lagi,” katanya kepada Gempak.
Cha Eun Woo berkata demikian dalam satu temubual eksklusif bersama Gempak baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Cha Eun-Woo bakal hadir ke Malaysia sempena siri jelajah 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR pada 27 Oktober 2019 bertempat di Dewan Wawasan, Menara PGRM, jam 6 petang
Tiket konsert dijual pada harga RM673 (Zon AROHA), RM543 (Zon Merah), RM453 (Zon Kuning), RM363 (Zon Ungu) dan RM243 (Zon Hijau).
Untuk perkembangan lanjut, layari www.macpieticketing.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live