Lalui Fasa Paling ‘Barai’ Di Tahun 2019 & 2022, Syafiq Kyle: “Buat Orang Senyum Pun Pahala”
Maliah Surip
26/11/2022 01:45 MYT
26/11/2022 01:45 MYT
Drama bersiri premium Astro Original, One Cent Thief akan menemui penghujungnya pada Sabtu 9 malam ini.
Pada episod ketujuh, Iman Shah yang dimainkan Syafiq Kyle telah kena scam dengan Kadak (Amerul Afendi) apabila berpihak kepada Ibu Zara (Sofia Jane) dalam rencana menghapuskan wanita kejam itu.
Berdebar menunggu reaksi penonton tentang kesudahan One Cent Thief, Syafiq Kyle mengaku bersyukur kerana keputusannya menolak beberapa projek lain demi memberi fokus terhadap naskhah ini berbaloi.
“Saya rasa berbaloi menolak tawaran lain demi menjayakan Iman Shah dan memberi komitmen penuh terhadap One Cent Thief.
“Walaupun ia hanya lapan episod tetapi terbabit dalam naskhah ini adalah sebuah kepuasan. Apa lagi saya dapat bekerja dengan tim produksi yang hebat dan barisan pelakon senior yang terbaik,” ujar Syafiq Kyle.

Tahun 'barai' Syafiq Kyle
Kepada Gempak juga, pelaku seni yang berusia 30 tahun ini mengaku dengan naskhah ini dan beberapa projek yang diambilnya pada 2019 sebelum pandemik COVID 19 melanda dunia, 2022 juga adalah tahun paling ‘barai’ buatnya bekerja.
“Saya tak pasti kenapa tapi mungkin sebab rezeki, tahun 2019 adalah tahun paling barai saya. Saya bekerja dengan sangat banyak.
“Mungkin masa itu saya kurang bijak menyusun jadual. Tahun 2019 juga saya baru masuk dalam dunia filem, sebuah industri lain yang tak sama dengan jadual bekerja untuk drama atau tv.
“Jadi banyak perubahan dan perkara yang perlu saya sesuaikan.
“Tahun 2022 juga boleh dikatakan tahun paling barai saya. Alhamdulillah, syukur. Hanya pada 2022 ini saya sudah pandai menyusun jadual, memilih pekerjaan yang berbaloi untuk dilakukan,” jelasnya panjang lebar.

Bayar lumayan atau puas berlakon?
Ditanya apa yang dimaksudkan dengan kenyataan berbaloi adalah lebih kepada bayaran lumayan atau kepuasan berlakon, Syafiq mengatakan secara logik kedua dua perkara itu penting.
Sebagai orang bekerja sama seperti dalam pekerjaan lain, duit perlu sebagai kelangsungan hidup.
Namun sebagai pelaku seni yang sudah melewati fasa BBNU dan dipercaya banyak pihak menjadi aktor berkaliber, Syafiq kini mengutamakan kepuasan dalam setiap naskhah yang dikerjakan.
“Sebenarnya saya pun tanya diri adakah bayaran atau kepuasan yang menjadi kepentingan dan berbaloi buat saya sekarang.
“Terus terang saya katakan, saya pernah mendapat bayaran tinggi tetapi tidak memperoleh kepuasan. Tak ada ilmu yang saya belajar banyak.
“Jadi sekarang saya fikir saya perlu tiga perkara untuk menjadikan definisi berbaloi saya itu balance. Berbaloi dari segi wang, berbaloi dari segi masa dan berbaloi dari impak naskhah,” katanya.
Lantaran itu kata Syafiq, dia melihat bekerja untuk dua filem dan tiga naskhah premium atau tiga filem dengan dua drama premium setahun sudah cukup buatnya.
Apa yang penting adalah ilmu yang diperoleh dan setiap projek yang dimainkannya membekas di hati penonton.
“Macam bila saya ambil projek One Cent Thief ini, penonton ingat tentang watak Iman Shah. Saya mahu jaga kualiti dan eksklusiviti mengikut persetujuan dengan klien saya.
“Sebab itu saya rasa lima projek setahun pun dan cukup kalau dapat ilmu lebih tapi duit kurang. Tapi kalau kedua duanya lebih apa salahnya.
“Namun jangan silap. Saya tidak maksudkan kalau kerap keluar tv tidak bagus. Hal seperti popular atau kerap muncul di tv ini subjektif.
“Tapi apa yang saya nak tekankan adalah lebih penting apa yang pelakon nak beri kepada masyarakat. Misalnya buat orang senyum pun pahala,” ujar bintang filem Pusaka ini.

One Cent Thief episod akhir!
Jangan lupa saksikan One Cent Thief, setiap Sabtu, jam 9 malam.
One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin.
Buat pertama kalinya drama premium di bawah jenama Astro Originals akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).
Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.
Strim di Astro dengan Pek Premium 1 hanya RM99.90 (untuk 6 bulan). WhatsApp “Nak Astro” ke 03-95433838.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!