“Lama Bertarung Nyawa, Wajah Suami... Macam Dia Nak Ikut Nangis Sekali” Kisah Bersalin, Sari Yanti Kongsi Gelagat Jep

Mya Amri
Jun 17, 2020 11:39 MYT
Pelakoon Sari Yanti berkongsi pengalaman melahirkan anak keduanya dengan pelawak Jep Sepahtu selepas 10 hari bersalin.
Menurut Sari, proses kelahiran terbabit agak berbeza dan mengambil masa yang agak lama.
“Ceritanya kakak masuk labour room lepas subuh. Tapi sang putera decided nak keluar lambat sikit. Bertarunglah kakak nak keluarkan dia.
“Menangis tahan sakit. Dalam sakit-sakit tu bersyukur sangat dengan nurses yang bantu kakak,” tulisnya.
Dalam pada itu Sari juga turut berkongsi gelagat suaminya sepanjang menunggu kelahiran anak kedua mereka.
“Suami kakak. Punyalah gusar suami tunggu. Sebab kakak memula confident jugak mungkin boleh bersalin tengahari.
“Ternyata walau dah banyak kali deliver baby pun belum tentu senang. Lama jugak kali ni kena bertarung nyawa.
“Syukur semuanya dah selamat. Ingat balik wajah suami tunggu tu priceless. Risau campur sedih, macam dia nak ikut nangis sekali.
“Agaknya apatah yang dia rasa. Terima kasih sayang. Sebab sentiasa ada n bagi semangat untuk I.
“Biasanya bila keluar je dari labour room ramai dah tunggu kat luar. Mak, ayah, aunties,cousins, kawan kawan rapat semua ada belaka... kali ni lain. Suami sorang je yang boleh ada.
“Pukul 11.44 pm baby pun selamat dilahirkan. Subhanallah walhamdulillah walaillahaillallah .. Allahuakbar. Syukur Alhamdulillah,” kongsinya.
Terdahulu, Jep dan Sariyanti mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Dariya Inara kini sudahpun berusia 2 tahun.
Sari selamat melahirkan cahaya mata lelaki seberat 3.34 kg pada 6 Jun 2020.
#Jep Sepahtu #Sari Yanti