Selepas kejayaan dua konsert di Malaysia sebelum ini, penyanyi Tulus bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk menghiburkan peminat-peminat di Malaysia menerusi konsert ketiganya, Tulus yang dijadualkan berlangsung pada 6 Januari tahun depan.

Tulus menerusi satu kenyataan berkata, dia berasa tidak sabar untuk bertemu peminat dan mempersembahkan lagu-lagunya terutama yang dipetik daripada album Manusia.

“Lama betul tidak bertemu dengan para peminat di Kuala Lumpur. Semoga rindu ini menghilang ketika kita bertemu di Dewan Plenari kelak. Kita bakal menyanyi bersama-sama,” ujarnya.

Sementara itu, Shiraz Projects yang sebelum ini membawakan Tulus secara perdana melalui Konsert Tulus Live at Istana Budaya dan seterusnya Konsert Sewindu Tour Kuala Lumpur di Dewan Plenari berasa terpanggil untuk membawa kembali figura popular itu kembali di sini.

“Menjadi tanggungjawab kami untuk kembali membawakan Tulus ke Kuala Lumpur dan kami percaya, kehadirannya bakal mengubat kerinduan peminat, khususnya yang mengagumi keunikan karya-karyanya,” ujar Shiraz yang juga merupakan Pengarah Urusan Shiraz Projects.

Bakal berlangsung di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC, peminat boleh mendapatkan tiket-tiket Fabulous Friday Presents Tulus berharga RM950 (VIP), RM550 (Diamond), RM450 (Platinum), RM350 (Gold) dan RM250 (Silver) sudah mula dijual pada 10 November 2022 di www.myticket.asia.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi.