Lama Menghilang, Akhirnya Shahir Muncul Dengan Erra Hiburkan Pesakit Mental

Amri Hassan
Julai 10, 2018 12:34 MYT
Selepas menghilang setelah berakhirnya pentas AF Megastar Oktober tahun lepas, Shahir tampil membuat persembahan di hadapan pesakit mental baru-baru ini.
Shahir yang ditemani pelakon terkenal Erra Fazira telah membuat persembahan di wad psikiatri dan Pusat Kesihatan Mental (Mentari), Hospital Selayang.
Sesi ramah mesra dan persembahan itu dibuat ketika menyertai kunjungan Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (Miasa) sempena sambutan Aidilfitri pada 27 Jun yang lalu.
Menurut kenyataan yang dibuat menerusi media sosial, pihak Mentari telah mengucapkan terima kasih kepada Shahir dan Erra, atas kesudian meluangkan masa bersama mereka.
"Pihak Mentari mewakili seluruh Jabatan Psikiatri Hospital Selayang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Miasa kerana sudi meluangkan masa bersama pesakit di wad psikiatri.
"Para pesakit kami amat gembira menerima kunjungan artis terkenal tanah iatu Erra Fazira dan Shahir," tulisnya.
Shahir dan Erra didakwa sedang menjalin hubungan cinta, namun masing-masing selesa dengan gelaran teman tapi mesra.
Teks : Asraf Aided
Sumber : Mstar
#Erra Fazira #Shahir