Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Lama 'Menghilangkan Diri' Dari Industri, Ini Penjelasan Hetty Sarlene

Rozaimi Zubaidi 27/09/2018 | 03:53 MYT
Pelakon dan penyanyi, Hetty Sarlene mengakui mempunyai alasan tersendiri apabila mengambil keputusan untuk 'menghilangkan diri' dari industri hiburan.
Menurut Hetty, dia berehat seketika selepas beberapa kontroversi yang melanda dirinya.
"Macam-macam perkara terjadi ketika itu dan saya mengambil keputusan untuk berehat seketika.
"Tak sangka pula saya terus senyap lama dan ramai juga yang mengatakan bahawa saya merajuk.
"Walaupun senyap, namun saya masih menerima banyak tawaran nyanyian dan melakukan persembahan di Singapura dan ada kalanya ke Malaysia.
"Sepanjang tempoh menghilang itu, banyak juga perkara yang saya pelajari sebelum mengambil keputusan untuk menyertai pentas Gegar Vaganza 5 (GV5)," katanya kepada Gempak.
Selain Hetty, GV5 turut menampilkan Dia Fadila, Amelina, Zamani, Maya Matahari, Elite, Safura, Noryn Aziz, dan Farawahida.
Turut serta ialah Billy Zulkarnain, Shafie (Rio) dan kumpulan Forteen.
GV5 akan bersiaran selama lapan minggu bermula Ahad, 30 September, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Ia turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan “on demand” untuk pilihan yang lebih fleksibel.
#Penyanyi #Penyanyi #Hetty Sarlene