Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lama Menyepi, Suami Fatin Afeefa Tidak Lagi Berharap Pada Forex - “Dah Setahun Tak Buat Benda Bodoh Tu”

Asyikin Mayudin
20/03/2024 07:55 MYT
Setelah lama menyepi, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau Opai tampil mendedahkan dia sudah tidak lagi terlibat dalam dunia forex sejak setahun lalu.

BERITA TRENDING: Ingkar Notis Temu Siasat, JPJ Minta Bantuan Polis Cari Suami Fatin Afeefa, Opai

Menganggap aktiviti tersebut tidak mendatangkan faedah, Aliff berkata kehidupannya tetap berjalan seperti biasa dan percaya rezeki Allah itu luas.

"Fasal forex kau jangan cakap dah fasal benda itu. Aku dah setahun tak buat benda bodoh tu. Dah setahun tak berharap benda itu. Elok sahaja boleh hidup.

"Kau kalau fikir forex yang boleh bagi kau makan, cari balik iman kau dekat mana. Aku yakin rezeki itu luas, yang penting yakin.

“Allah maha kuasa, makhluk tak ada kuasa. Jual apa pun boleh," katanya.

Aliff tampil menjawab perkara itu selepas mendapat komen daripada netizen yang mendakwa dia menipu kerana tidak menepati janji mahu memberikan juadah berbuka puasa secara percuma.

"Abang semalam tak ada pun tengok dekat story, senyap je. Itulah budak forex, memang suka menipu," tulis individu tersebut.

Membalas tuduhan itu, Aliff menegaskan untuk memasak roti john bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi pertama kali membuatnya.

"Kalau abang nak tahu, masak roti john ni bukan senang. Kami pun pertama kali masak. Jadi kenapa semalam tak ada makanan percuma sebab kita nak masak ni biar ikhlas.

“Jadi bila tak ada keikhlasan, kita cutilah. Orang nak makan, kita nak bagi orang puas hati dan menikmati. Tapi hari ini Alhamdulillah, kita dah ada keikhlasan dan kita yakin boleh buat kerja ikhlas, insya-Allah kita masak hari ini," kongsinya.

#Fatin Afeefa #Aliff Awang #Opai #Forex #Suami Fatin Afeefa
;