Lama Shahir Hilang, Tiba-Tiba Muncul Masa Hari Jadi Aleesya

Amri Hassan
April 2, 2018 08:40 MYT
Bintang Akademi Fantasia, Shahir Zawawi yang sebelum ini enggan membuka mulut bercerita tentang perkembangan hubungannya dengan aktres Erra Fazira akhirnya muncul semula.
Menariknya, kemunculan Shahir secara tidak sengaja menerusi kemas kini sahabat karib Erra, Intan Zabidin dalam Instagramnya malam tadi.
Shahir dilihat hadir bersama untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak tunggal Erra, Engku Aleesya di sebuah restoran di Hartamas, Kuala Lumpur.
Penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dilihat duduk bersebelahan dengan Erra yang masing-masing menyarung baju rona sama.
Baca: Saya Serius Dengan Erra, Doakan Kami - Shahir
Baca: Wow! Untunglah Shahir, Erra Fazira Siap Hantar Ke Konsert AF Megastar!
Bagaimanapun, tiada sebarang kemas kini dalam media sosial Shahir selepas kali terakhir memuat naik sekeping gambar promosi AF Megastar pada Oktober tahun lalu.
"Lama tak update IG, janganlah menghilangkan diri lagi. Peminat tak sabar menunggu kemunculan abang dan lagu baru abang," tulis salah seorang peminatnya di akaun Instagram Shahir.
Kehilangan Shahir bukan perkara baru dalam industri kerana juara AF8 itu pernah 'menghilangkan diri' selama tiga tahun sebelum muncul dalam AF Megastar tahun lalu.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @intanzabidin
#Erra Fazira #Engku Aleesya #Shahir Zawawi