Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lama Simpan Niat Untuk Bertudung, Hati Ozlynn Lebih Yakin Selepas Tunai Haji - “Maknanya Itu Adalah ‘Final Call’ Daripada Allah”

Asyikin Mayudin
28/07/2024 02:55 MYT
Penampilan terbaharu isteri kepada pelawak Johan iaitu Ozlynn Wati yang kini mengenakan hijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Yakin Lepas Tunai Haji

Sudah lama menyimpan niat untuk bertudung, Ozlynn memberitahu dia mula berasa yakin untuk memulakan penghijrahannya itu selepas mendapat rezeki dijemput menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci, Mekah.

“Sebenarnya dah terdetik beberapa tahun lalu tapi saya rasa orang akan berkata, ‘esok-esok dia buka la tu’. Suami selalu kata, boleh tak jangan fikir fasal orang dan fikir diri sendiri.

“Tak apa la saya nak rasa keajaiban daripada Allah, maknanya nanti bangun dan tiba-tiba terus pakai. Bila dah pergi haji itulah penamatnya sebab haji adalah rukun Islam yang kelima maknanya itu adalah ‘final call’ daripada Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kejutan Johan & Ozlynn Buat Anak Sulung Undang Rasa Sebak - “Selagi Ada Kita Hargailah Pinjaman Paling…”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen 'Geram' Tengok Anak Ozlynn, Kacak Macam Pelakon Korea! - "Suruhlah Jadi Model Ke, Penyanyi Ke, Pelakon Ke..."

“Kalau boleh memang dah tak nak (dedah aurat), dah bersedia untuk semuanya,” kata Ozlynn menerusi temu bual di TikTok akaun Sinarplus.

Pakai Tudung Ke Kelas Agama

Dalam pada itu, Ozlynn yang juga seorang pelakon mendedahkan dia sebenarnya sudah mula memakai hijab seminggu sebelum mendapat tawaran menunaikan haji.

“Seminggu sebelum dapat tawaran untuk tunai haji, saya pakai tudung ke kelas agama. Ketika itu saya rasa saya dah bersedia. Kemudian dapat tawaran untuk pergi haji,” ujarnya lagi.

Pelakon filem Abang Long Fadhil 3 ini juga tidak menyangka Allah SWT akan membuka hatinya untuk mengubah imej kepada seorang muslimah yang lebih baik.

“Saya cakap dengan Johan, Allah dengar ke apa yang saya cakap? Saya terfikir, apa kebaikkan yang kami buat sampai Allah bagi macam ini? Mungkin ada benda yang kita tak perasan,” katanya.

undefined
Rata-rata netizen di ruang komen perkongsian tersebut turut mendoakan agar Ozlynn akan terus istiqamah dalam menutup aurat.

Untuk info, Johan dan Ozlynn serta 11 lagi pengamal media yang mendapat jemputan dari Kementerian Media Arab Saudi telah berangkat ke Makkah pada 7 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Papa Tak Balik, Ingat Siapa Kena Jaga…” - Pesanan Johan Untuk Anak Sebelum Berangkat Tunai Haji Buat Netizen Sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Johan Hampir Terlepas Pesawat Tunai Haji

#Johan #Ozlynn Wati #Ozlynn #Selebriti bertudung #Imej Ozlynn #Isteri Johan #Ozlynn bertudung