Laman Utama

Lama Tak Muncul Dalam Filem, Preity Zinta Ada Sebab Jadi Petani!

gempak
Asraf Aided
13/09/2021
14:10 MYT
Sponsor Banner
Lama Tak Muncul Dalam Filem, Preity Zinta Ada Sebab Jadi Petani!
Aktres cantik Bollywood, Preity Zinta kini gembira menjalani aktiviti bercucuk tanam di rumah.
Menerusi tinjauan Gempak di akaun Instagram miliknya, Preity Zinta yang agak lama tidak muncul dalam filem terbaru berkongsi tentang tanamannya seperti herba, sayuran, dan buah-buahan.
Menurut pelakon filem Kal Ho Naa Ho itu, antara faktor dia gemar bercucuk tanam adalah disebabkan masalah perubahan iklim dan pemanasan global yang melanda dunia.
"Di sini saya tanam pokok Himalayan Cedar kerana perubahan iklim dan pemanasan global memberi impak kepada kita semua.
"Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menyumbang kembali kepada alam sekitar agar generasi akan datang dapat menikmati keindahan alam dan udara bersih seperti yang kita rasai ketika membesar," kongsinya.
Baru-baru ini, Preity Zinta juga kembali ke ladang epal tanaman keluarganya untuk melihat dan kembali merasai pengalaman di sana seperti waktu dia membesar.
"Saya sangat seronok melihat pokok epal setelah sekian lama, sebaik sahaja hujan berhenti, saya berlari keluar dan buat video ini.
"Kembali ke ladang keluarga kami membuatkan saya emosi, saya membesar bersama atuk, nenek bersama Rajinder Mamaji dan Uma Mamiji, kami melalui kenangan yang indah ketika saya membesar di sini. Musim epal sangat istimewa," coretnya juga di Instagram.
Perkongsian Preity Zinta sering mendapat respon positif daripada warganet yang mengikuti perkembangannya.
Antara filem terakhir lakonan Preity Zinta adalah Bhaiyaji Superhit yang dilancarkan pada tahun 2018.
Preity Zinta berkahwin dengan seorang warga Amerika Syarikat, Gene Goodenough pada tahun 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live