,
Hiburan

Lama Tak Muncul Di TV, Farhan Azizan Jawab Dakwaan Sudah Berhenti Menyanyi - “Sebenarnya Saya Masih Lagi Dengan…”

Asyikin Mayudin
09/07/2024
05:55 MYT
Jarang muncul di kaca televisyen, penyanyi Farhan Azizan menafikan dakwaan kononnya dia sudah mengundur diri dari dunia nyanyian.

Nafi Berhenti Menyanyi

Tidak pernah berhenti menyanyi bahkan menyepi daripada bidang seni, Farhan berkata dunia nyanyian merupakan minat, jiwa dan punca pendapatannya.

“Sebenarnya saya masih lagi dengan karier nyanyian, cuma banyak show saya di tempat yang kurang mendapat liputan media serta akses kepada orang awam. Jadi ia amat terhad.

“Mereka tidak nampak saya di kaca televisyen mahupun di mana-mana media. Selain menyanyi, saya juga mengembangkan skop seni saya kepada mengacara, pengurusan majlis dan menjalankan perniagaan saya sendiri.
“Jadi dakwaan mengenai saya sudah menyepi itu tidak benar,” kata Farhan kepada Gempak.

Tak Pilih Tawaran Kerja

Disoal sama ada memilih job ataupun tidak sepanjang bergelar anak seni, bekas peserta program Akademi Fantasia Musim Keempat ini berkata genre lagu yang dipilih membawa dirinya sekarang.

“Saya tidak memilih job. Mungkin genre lagu dan status saya sebagai penyanyi jazz yang membawa saya ke arah itu. Saya tidak menafikan bahawa kebanyakan job saya datangnya daripada private show,” ujarnya.

Selain dikenali sebagai penyanyi jazz, Farhan juga salah seorang penyanyi yang boleh menyanyikan lagu klasik dengan baik disebabkan sejak kecil dia sudah didedahkan dengan lagu-lagu bergenre seperti itu.
“Sejak kecil saya didedahkan dengan lagu jazz dan klasik. Keluarga saya memang minat genre sebegitu. Muzik jazz dan klasik sudah sebati dalam diri saya. Jadi saya akan kekalkan genre ini.
“Bagi pendapat saya, genre ini juga akan membawa saya ke kelas yang tersendiri,” ujarnya lagi.

Selesa Genre Jazz

Diusik sama ada mahu mencuba sesuatu yang baru ataupun tidak selepas ini, Farhan berkata, dia selesa dengan genre jazz dan klasik buat masa sekarang.
“Untuk ketika ini dan beberapa faktor, saya mungkin akan teruskan dengan genre yang sesuai dengan saya sekarang ini.
“Bukan kerana tidak mahu mencuba, tapi kesesuaian genre lain dengan saya agak kurang menjadi. Saya akan teruskan dengan apa yang saya buat sekarang ini,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Farhan memberitahu dia belum mempunyai perancangan untuk mengeluarkan lagu baru setakat ini, cuma biar masa menentukannya.

BERITA TRENDING: Rider Selamba Tayang 'Anu' Depan Masjid

BERITA TRENDING: ‘Blogger Mukbang’ Meninggal Dunia Selepas Lahap Ayam Goreng

Farhan yang baru sahaja selesai menjayakan Big Band Project bersama Datuk Suhaimi Sulaiman dan beberapa artis yang lain turut berkongsi mengenai perancangannya sepanjang tahun ini.

Ujar Farhan, dia bakal mengadakan satushowcase pada hujung tahun ini buat para peminat.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Nasib Baik Bomba Datang Cepat, Jika Tidak…”- Dapur Rumah Farhan AF Terbakar!

gempak
21/02/2020
06:38 MYT
Berita

Farhan AF Selamat Melahirkan Bayi Kedua

gempak
20/08/2018
11:25 MYT
Berita

“Orang Tak Sedar Saya Hamil 9 Bulan”- Farhan AF Masih Terima Undangan Nyanyian

gempak
17/08/2018
12:56 MYT
Hiburan

Farhan AF Bersalin Anak Perempuan

gempak
17/03/2017
02:26 MYT