Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lambakan Bungkusan Kurier Ditemui Berhampiran Kubur!

Asraf Aided
24/02/2021 09:23 MYT
Dua rakaman video menunjukkan lambakan bungkusan barang dari syarikat kurier yang bergelimpangan di kawasan pembuangan sampah tular hari ini.

Berdasarkan tinjauan Gempak di laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, kawasan pembuangan sampah itu dipercayai berhampiran Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Tuching Tengah di Kuala Selangor.

Menerusi dua video tular itu, dapat dilihat sebahagian barang masih berbungkus dan terdapat guni yang jelas tertulis nama sebuah syarikat kurier.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Tengah, Saharudin Zam Zam mengatakan orang kampung mula mengesan kejadian pembuangan bungkusan itu sejak Isnin.

"Saya mengesahkan kejadian ini selepas melihat sendiri lambakan bungkusan yang dianggarkan 80 peratus tertera logo sebuah syarikat kurier," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Walaubagaimanapun, selepas melihat sendiri longgokan itu, Saharudin mendapati ia telah dibakar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Saya sendiri terus ke tempat pembuangan itu dan melihat longgokan guni serta bungkusan terbabit.

"Bagaimanapun, lambakan bungkusan itu kemudiannya dibakar pihak tak bertanggungjawab pada pagi semalam," katanya lagi.

Difahamkan, Saharudin juga telah menghubungi syarikat kurier dan bertemu dengan kakitangan mereka di pejabat cawangan berhampiran.

"Kakitangan syarikat berkenaan memaklumkan bungkusan dan guni yang ditemui itu bukan milik mereka.

"Saya juga tak membuat laporan polis kerana tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang melakukan perbuatan berkenaan," katanya lagi.
????? ???????? ????????? ?????? ??????????? ????? KUALA SELANGOR - Tular dua rakaman video memaparkan lambakan...

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, February 23, 2021

#Viral #Kubur #Kurier #Lambakan #Pembuangan