Filem

Lambakan Pelakon Kurang Berbakat, Salah Penerbit- Bront Palarae

gempak
Ahmad Shah
18/05/2016
05:40 MYT
Sponsor Banner
Lambakan Pelakon Kurang Berbakat, Salah Penerbit- Bront Palarae

Pelakon Bront Palarae mengakui masalah lambakan pelakon kurang berbakat datang dari sikap penerbit drama dan filem tempatan.

Menurut Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, pihak produksi dan penerbit cenderung untuk memilih paras rupa berbanding bakat lakonan.

“Saya tak rasa salah pelakon-pelakon baru dan sedar industri seni tanah air memerlukan mereka yang mempunyai paras rupa. Punca utama terletak pada pihak penerbit yang lebih gemar memilih mereka yang tidak mempunyai bakat lakonan.

“Kalau saya pun pertama kali ditawarkan untuk berlakon pasti tidak tahu cara kerja sebagai seorang pelakon,” kata Bront kepada Astro Gempak.

Bront ditemui ketika malam gala filem My Stupid Boss di pawagam Golden Screen Cinemas di Pavillion, Kuala Lumpur.

Ujar Bront lagi, konteks proses pemilihan pelakon adalah berbeza jika dibanding dengan Malaysia dan luar negara.

“Jika di luar negara, para pelakon dihantar ke kelas dan dari sudut memberi peluang, mereka diberi watak-watak kecil terlebih dahulu sebelum mampu untuk memegang watak yang lebih besar. Tapi kalau kita di Malaysia, seperti buka majalah cari barang perabot.

“Siapa yang kacak dan cantik diberi keutamaan untuk membintangi sesebuah karya yang besar,” katanya.

Tambahnya lagi, impak yang diterima adalah sambutan ‘lesu’ oleh peminat filem-filem tempatan.

“Apabila projek tak jadi, kita nak rasa simpati dengan pihak penerbit pun tidak boleh juga. Set penggambaran bukan tempat untuk groom kerana pengarah sendiri berusaha untuk siapkan kerja mereka.

“Jadi ianya sebenarnya collective understanding di kalangan pihak penerbit itu sendiri. Saya sebenarnya sangat mengalu-alukan pelakon baru dalam industri seni tanah air,” ujar Bront lagi.

Mengulas lanjut mengenai penglibatannya dalam filem My Stupid Boss, Bront Palarae mengakui sangat teruja teruja dapat bekerjasama dengan pengarah dan barisan pelakon hebat Indonesia.

“Saya sangat senang apabila dapat berlakon dengan nama besar seperti Bunga Citra Lestari dan Reza Rahadian yang sangat hebat dan merendah diri. Mereka memberi layanan yang baik kepada kami pelakon dari Malaysia dan rasa terharu.

“Apa yang menarik mengenai My Stupid Boss sebuah filem komedi yang tidak melibatkan pelawak,” kata Bront Palarae mengakhiri perbualan.

Selain Bront Palarae, filem My Stupid Boss diarahkan oleh Upi Avianto turut menampilkan pelakon Malaysia Atikah Suhaimie, Chen Kinwah Iskandar Zulkarnain dan barisan pelakon dari Indonesia, Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari dan Alex Abbad.

Ianya akan mula ditayangkan pada 19 Mei di seluruh pawagam Malaysia dan diterbitkan oleh Falcon Picutres (Indonesia) dengan kerjasama Madness Films Sdn Bhd dan diedarkan oleh Skop Productions Sdn Bhd.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live