Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lambang Cinta, Blake Shelton Kahwini Gwen Stefani Dalam Gereja Khas

Gempak
05/07/2021 08:10 MYT
Pasangan penyanyi popular Hollywood, Blake Shelton dan Gwen Stefani akhirnya berkahwin setelah hampir enam tahun menjalin cinta.

Memetik laporan HollywoodLife, pasangan ini mengadakan majlis perkahwinan pada Sabtu di rumah ladang (ranch) milik Blake di Oklahoma, Amerika Syarikat.

Apa yang menjadi perhatian adalah Blake telah membina sebuah gereja khas untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Gwen. Gereja tersebut dibina dalam kawasan kediaman mewah mereka, lapor PageSix.

Berdasarkan laporan media tempatan, tetamu yang menghadiri majlis tersebut dilihat memakai persalinan serba putih, manakala dekorasi majlis pula dihiasi meja-meja dan khemah putih sekitar.

Bagaimanapun, majlis tersebut diadakan secara tertutup di kawasan milik Blake itu dan dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat sahaja.


(Blake membina gereja di kawasan kediaman mewah mereka yang dibina dalam sebuah estet)

Untuk rekod, perkahwinan ini adalah yang ketiga buat Blake dan kedua untuk Gwen.

Blake pernah berkahwin dengan Kaynette Gern dan Miranda Lambert sebelum ini.

Gwen pula berpisah dengan bekas suaminya, Gavin Rossdale pada Ogos 2015.

Hasil perkongsian hidup, Gwen dan Gavin memiliki tiga cahaya mata lelaki iaitu Kingston, Zuma dan Apollo.

Gwen dan Blake mula mendedahkan hubungan cinta mereka kepada umum pada tahun November 2015.

Mereka mula berkenalan sejak sama-sama terlibat dalam program The Voice. Memandangkan masing-masing pernah berhadapan kekecewaan dan kegagalan rumah tangga ketika itu, mereka menjadi rapat dan saling menyokong antara satu sama lain.

Foto: BACKGRID / Page Six

#Kahwin #Hollywood #Gwen Stefani #Blake Shelton
;