Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Lambang Hati Wanita Yang Rapuh" - Pereka Fesyen Jelaskan Tafsiran Dres Hitam Putih Aina Abdul

Amri Hassan
16/12/2020 08:45 MYT
Nama Aina Abdul antara yang menjadi sebutan netizen malam tadi. Bukan hanya kredibiliti vokalnya yang mampu memukau penonton dan juri, bahkan pakaian yang disarungnya.

Seperti yang diperkatakan ramai, baju separa putih pada bahagian leher, atas dada dan sebelah lengannya itu mirip pakaian rahib.

BACA: Disamakan Seperti 'Nun', Lampin Pakai Buang & Burkini, Gaya Wany Hasrita & Aina Abdul Jadi Bahan Troll Netizen!​

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)


Bagaimanapun, pereka fesyennya, Syamil Fazwan tampil mendedahkan maksud di sebalik pakaian hitam putih yang direkanya untuk Aina.

Jelasnya, warna separuh putih itu melambangkan maksud daripada lirik lagu Semalam iaitu cinta yang kian pudar dan tidak lagi mengharap.

"Lapel sut asimetrikal pada bahu membawa maksud kekuatan, tabah, menjadi lebih kuat tanpa lelaki itu. Potongan bertingkat sebelah sisi bermaksud harapan daripada lirik 'berkali-kali ku cuba'.

"Line up side button bermakna tulang belakang hubungan inin hanya oleh sebelah pihak, loose white pant, memberi makna terus melangkah meninggalkan kisah semalam," kongsinya di Instagram Stories pada Rabu.

Dalam pada itu, kerudung yang digunakan Syamil juga membawa makna berkabung, rawan dan pilu.

Penggunaan fabrik sutera shantung juga memberikan makna tersendiri. Ia bermaksud tampak keras tapi mudah renyuk, koyak dan carik. Sama seperti hati wanita yang rapuh.

Syamil menjadi individu yang bertanggungjawab untuk merealisasikan busana Aina yang dipakai pada malam semi final Muzik-Muzik 35 (SFMM35) pada Selasa.

Lagu Semalam juga menjadi lagu yang berjaya menawan hati juri untuk ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 pada Februari 2021.

IG: @syamilfazwan

#Viral #Netizen #AJL #Anugerah Juara Lagu #Baju #Aina Abdul #Semalam #SFMM35 #Dress #Hitam Putih #Muzik Muzik #Syamil Fazwan #Nun #Rahib
;